Tingkatan Bengkong

Susunan tingkatan bengkung dari awal pembelajaran merujuk kepada tahap pembelajaran ilmu Silat Seni Gayong bermula dari bahagian Tapak, Seni Senjata hingga pelajaran peringkat tertinggi. Setiap ahli & anak gayong perlu menjalani ujian kenaikan bengkung mengikut kepada tahap sukatan pelajaran yang telah ditetapkan untuk melayakkan pesilat memakai bengkong mengikut tahapnya.

TAHAP TINGKATAN BENGKONG DEWASA

BilTingkatan BengkongSukatan Pelajaran
01
Hitam Mulus (asas)
Kemahiran Tapak Bahagian 1
Seni Tapak Kunci Mati Bahagian 1
Seni Tapak Kunci Hidup (Pentas 1)
Seni Lompatan
02
Awan Puteh
Mahir Bahagian Tapak Sebelumnya
Kemahiran Tapak Bahagian 2
Seni Tapak Kunci Mati Bahagian 2
Seni Tapak Kunci Hidup (Pentas 2)
Seni Serangan Anak Harimau Bahagian 1
Seni Lompatan
03
Pelangi Hijau
Mahir Bahagian Tapak Sebelumnya
Kemahiran Tapak Bahagian 3
Seni Tapak Kunci Mati Bahagian 3
Seni Tapak Kunci Hidup (Pentas 3)
Seni Serangan Anak Harimau Bahagian 2
Seni Lompatan
04
Pelangi Merah
Mahir Bahagian Tapak Sebelumnya
Kemahiran Tapak Bahagian 4
Seni Tapak Kunci Mati Bahagian 4
Seni Tapak Kunci Hidup (Pentas 4)
Seni Serangan Anak Harimau Bahagian 3
Seni Lompatan
05
Pelangi Merah Cula I
Mahir Bahagian Tapak Sebelumnya
Kemahiran Tapak Bahagian 5
Seni Tapak Kunci Hidup (Pentas 5)
Seni Serangan Anak Harimau Bahagian 4
Seni Senjata (Simbat)
Seni Lompatan
06
Pelangi Merah Cula II
Mahir Bahagian Tapak Sebelumnya
Kemahiran Tapak Bahagian 6
Seni Tapak Kunci Hidup (Pentas 6)
Seni Senjata (Pisau)
07
Pelangi Merah Cula III
Mahir Bahagian Tapak Sebelumnya
Kemahiran Tapak Bahagian 7
Seni Tapak Kunci Hidup (Pentas 7)
Seni Senjata (Keris)
08
Pelangi Kuning
Mahir Pelajaran Bahagian Tapak Dan Sebelumnya
Seni Senjata (Parang)
09
Pelangi Kuning Cula I
Mahir Pelajaran Bahagian Tapak Dan Sebelumnya
Seni Senjata (Simbat Suk)
10
Pelangi Kuning Cula II
Mahir Pelajaran Bahagian Tapak Dan Sebelumnya
Seni Senjata (Tongkat)
11
Pelangi Kuning Cula III
Mahir Pelajaran Bahagian Tapak Dan Sebelumnya
Seni Senjata (Tekpi)
12
Pelangi Kuning Cula IV
Mahir Pelajaran Bahagian Tapak Dan Sebelumnya
Seni Senjata (Lembing)
13
Pelangi Kuning Cula V
Mahir Pelajaran Bahagian Tapak Dan Sebelumnya
Seni Senjata (Parang Tekpi)
14
Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti I
Mahir Kesemua Pelajaran Bahagian Tapak & Senjata
Seni Yoi
15
Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti II
Mahir Kesemua Pelajaran Bahagian Tapak & Senjata
Seni Seligi
16
Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti III
Mahir Kesemua Pelajaran Bahagian Tapak & Senjata
Seni Cindai
17
Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti IV
Mahir Kesemua Pelajaran Bahagian Tapak & Senjata
Seni Sundang Lipas
18
Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti V
Mahir Kesemua Pelajaran Bahagian Tapak & Senjata
Seni Belian
19
Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti VI
Mahir Kesemua Pelajaran GAYONG

TAHAP TINGKATAN BENGKONG KANAK-KANAK
Kanak-kanak yang berusia dibawah 12 tahun juga mempunyai tingkatan bengkungnya mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Berikut merupakan susunan bengkung kategori kanak-kanak:

BilTingkatan BengkongSukatan Pelajaran
01
Hitam Mulus
Kemahiran Tapak Bahagian 1 (No. 1~3)
Seni Lompatan
02
Awan Putih Cula Hijau
Kemahiran Tapak Bahagian 1 (No. 4~7)
Seni Lompatan
03
Awan Putih Cula Merah
Kemahiran Tapak Bahagian 2 (No. 1~3)
Seni Lompatan
04
Awan Putih Cula Kuning
Kemahiran Tapak Bahagian 2 (No. 4~7)
Seni Lompatan
05
Awan Putih Cula Hitam
Kemahiran Tapak Bahagian 3 (No. 1~4)
Seni Serangan Anak Harimau No. 1 ~ 3
Seorang kanak-kanak diperingkat Bengkung Awan Putih Cula Hitam, ia bersamaan dengan Bengkung Pelangi Hijau bagi kategori dewasa apabila kanak-kanak ini menambah pelajaran buah kombat, kunci mati dan pentas

BENGKONG KEGURULATIHAN
Bengkung kejurulatihan diberikan kepada ahli gayong yang telah mengikuti kursus kegurulatihan dan layak untuk melatih ahli-ahli gayong lain. Tanda kegurulatihan ini boleh dilihat dengan tanda warna merah panjang pada bengkung seperti contoh dibawah:

Contoh : Bengkong Pelangi Kuning Cula V dengan calit merah gurulatih
Contoh : Bengkong Pelangi Harimau Cula Sakti VI dengan calit merah gurulatih