Lambang & Bendera

Lambang Gayong adalah ilham daripada Dato’ Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendeta Za’ba ketika di Singapura

PENGERTIAN LAMBANG DAN BENDERA GAYONG

NagaMelambangkan kekuatan di laut mahupun di darat. Ilmu Silat Seni Gayong ini sesuai dalam apa juga situasi.
HarimauSikap pesilat yang bertenaga, bersikap garang tetapi penyayang, sikap berani dan berhemah seperti kata pepatah ‘Harimau menyembunyikan kuku’.
Bulan dan BintangAjaran agama Islam sebagai asas pegangan Silat Seni Gayong.
Dua keris bersilangSemangat kependekaran Hang Tuah dan Hang Jebat yang perlu dimiliki oleh setiap murid Gayong.
Pedang ZulfaqarPedang Saidina Ali a.s. yang melambangkan keberanian dan kepahlawanan panglima Islam yang telah menegakkan syiar Islam.
Kendi / Bejana airSegala ilmu dan teknik beladiri tradisional orang Melayu yang perlu ditimba oleh setiap lapisan masyarakat terkumpul di dalam Silat Seni Gayong.
BumiMisi mengembangkan Silat Seni Gayong ke seluruh dunia.
Bengkung HPCS VIIKuasa Mahaguru sebagai eksekutif pentadbiran dan ilmu tertinggi.
Warna PutihBersih dan suci dari segala bentuk syirik, bidaah dan khurafat.
Warna HijauMempertahankan Islam sebagai agama Ad-din.
Warna MerahBerani berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Warna KuningKedaulatan institusi Raja-raja Melayu.
Warna HitamPersamaan semua ahli Gayong tanpa mengira darjat dan pangkat.

Revolusi Lambang Gayong Malaysia