ETIKA PAKAIAN

Pewujudan kod pakaian dalam pengurusan Silat Seni Gayong Malaysia ialah bertujuan untuk melihat supaya murid dan ahl Gayong Malaysia mengena pakaian yang bersesuaian dengan acara yang dianjurkan secara jitu dan konsisten.  Justreru langkah ini akan membina jati diri serta semangat bergerak dalam satu organisasi. Dengan penyeragaman protokol berpakaian gerakan Silat Seni Gayong Malaysia akan berada dalam kategori organisasi silat yang lebih teratur dan menyerlah dalam landskap seni bela diri negara setanding dengan  mana-mana gerakan pasukan pakaian seragam.

PAKAIAN NO. 1
Kelengkapan Lelaki :
Bertanjak Songket benang emas
Baju kebangsaaan hitam lengkap berleher cekak musang dan berbutang 5
Bersamping songket berbenang emas
Pendeng songket berbenang emas
Berkasut hitam
Memakai sandang
Berkeris (pilihan)


Kelengkapan Wanita :
Bertudung/selendang hitam kosong atau bercorak
Baju kebangsaan (kurung/kebaya labuh) hitam atau bercorak
Berkain hitam kosong atau bercorak
Berkasut hitam
Memakai sandang

PAKAIAN INI DIKENAKAN KETIKA MAJLIS
Di istana jika majlis berkehendakkan berpakaian adat

Majlis dihadiri oleh dihadiri oleh Sultan/Raja atau kerabat Sultan/Raja berpakaian adat

Majlis dihadiri oleh pegawai pembesar adat Silat Seni Gayong berpakaian Adat lengkap (Waris Mutlak, Ahli Lembaga Waris Amanah, Imam Khalifah Agong, Timbalan Imam Khalifah Agong, Imam Khalifah Negeri dan Timbalan Imam Khalifah Negeri) di majlis penyampaian sandang dan bengkong

PAKAIAN NO. 2
Kelengkapan Lelaki :

Bersongkok hitam
Baju kebangsaaan hitam lengkap berleher cekak musang dan berbutang 5
Bersamping songket berbenang emas
Pendeng songket berbenang emas

Berkasut hitam


Kelengkapan Wanita :
Bertudung/selendang hitam kosong atau bercorak
Baju kebangsaan (kurung/kebaya labuh) hitam atau bercorak
Berkain hitam kosong atau bercorak
Berkasut hitam

    PAKAIAN INI DIKENAKAN KETIKA MAJLIS
    Majlis rasmi (makan malam/mesyuarat agong/jamuan ringan)

    Majlis dihadiri oleh dihadiri oleh Sultan/Raja atau kerabat Sultan/Raja tidak berpakaian adat

    Majlis dihadiri oleh pegawai pembesar adat Silat Seni Gayong tidak berpakaian Adat lengkap (Waris Mutlak, Ahli Lembaga Waris Amanah, Imam Khalifah Agong, Timbalan Imam Khalifah Agong, Imam Khalifah Negeri dan Timbalan Imam Khalifah Negeri)

    PAKAIAN NO. 3
    Kelengkapan Lelaki :
    Berbaju koporat berlengan pendek
    Berseluar hitam
    Berkasut hitam (pilihan)


    Kelengkapan Wanita :
    Bertudung (Pilihan)
    Berbaju koporat berlengan panjang
    Berseluar atau kain hitam
    Berkasut hitam (pilihan)

    PAKAIAN INI DIKENAKAN KETIKA MAJLIS
    Pakaian ini dikenakan sebagai pakaian kerja di sebarang majlis rasmi (mesyuarat / bengkel / seminar / berkursus)

    PAKAIAN NO. 4a (GURULATIH)
    Kelengkapan Lelaki :

    Tengkolok hitam
    Baju uniform silat hitam berlengan ¾ (berleher teluk belangan/ potongan V/ perahu bugis)
    Berlencana di dada kiri
    Berseluar hitam ¾ labuh (paras betis)
    Bersamping (pilihan)
    Berbengkong mengikut tahap
    Bersandang (Khalifah Muda/ Khalifah/ Khalifah Kanan/ Panglima Hitam)

    Kelengkapan Wanita :
    Bertudung/tengkolok hitam
    Baju uniform silat hitam berlengan labuh
    Berlencana di dada kiri
    Berseluar hitam labuh
    Bersamping (pilihan)
    Berbengkong mengikut tahap
    Bersandang (Serikandi Muda/ Serikandi/ Serikandi Kanan)


    PAKAIAN NO. 4b (PESILAT)
    Kelengkapan Lelaki :

    Tengkolok hitam
    Baju uniform silat hitam berlengan ¾ (berleher teluk belangan/ potongan V/ perahu bugis)
    Berlencana di dada kiri
    Berseluar hitam ¾ labuh (paras betis)
    Berbengkong mengikut tahap

    Kelengkapan Wanita :
    Bertudung/tengkolok hitam
    Baju uniform silat hitam berlengan labuh
    Berlencana di dada kiri
    Berseluar hitam labuh
    Berbengkong mengikut tahap

    PAKAIAN INI DIKENAKAN KETIKA MAJLIS
    Pakaian ini dikenakan sebagai pakaian medan bagi Gurulatih dan Pesilat di gelanggang latihan