01 Januari 2025, Rabu
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menganjurkan Program Gema Syukur 2025 sempena Tahun Baharu 2025 di Masjid Putra, Putrajaya.
Program ini merupakan alternatif bagi masyarakat untuk mengimarahkan masjid melalui pelbagai pengisian program yang bermanfaat dengan empat objektif iaitu menzahirkan tanda kesyukuran atas segala nikmat yang diperoleh sepanjang tahun, memupuk kebersamaan dan mengeratkan semangat persaudaraan dalam kalangan komuniti setempat.
Pelbagai aktiviti dan program pengisian telah dijalankan bermula daripada jam 6 petang sehingga 9 pagi keesokannya dan antaranya adalah pertunjukan silat yang dipersembahkan daripada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia yang mana seramai 150 pesilat daripada WP Kuala Lumpur dan Putrajaya telah turut serta.