PSSGM TINGKAT USAHASAMA MEMPERKASA SENI SILAT DISEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIDKAN

Berita

Perjumpaan PSSGM bersama Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia, 19 Disember 2024 bertempat di BSKK, Presint 1, Putrajaya.

Yang DiPertua PSSGM, Lt.Jen. Dato Pahlawan Mohd Razif bin Hj Idris (B) mengetuai delegasi PSSGM dalam perjumpaan bersama Ts Mohd Zaki bin Ghazali, Penolong Pengarah BSKK bagi membincangkan pelbagai bentuk usahasama diantara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasakan Seni Silat kepada generasi muda khususnya melibatkan murid-murid sekolah dibawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara isikandung utama adalah berkenaan kaedah & peraturan mengendalikan aktiviti termasuk prosedur kebenaran mengajar disekolah-sekolah. Selain itu, PSSGM juga mengambil ruang untuk memberi maklum balas, penerangan dan cadangan berkenaan keperluan Seni Silat kembali dikategori dibawa unit beruniform berbanding kategori sukan seperti peraturan semasa. Semua usaha ini dilihat sebagai suatu bentuk jalinan kerjasama dan hubungan baik diantara PSSGM dan pihak kementerian serta jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pendidikan.