29 JUN 2024, Wisma ATM, Kuala Lumpur
Ahli Majlis Jawatan Agong telah bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh YDP sendiri iaitu Lt Gen. Dato’ Pahlawan Mohd Razif bin Hj. Idris (B) dan dihadiri oleh wakil-wakil AMJA dari beberapa negeri seluruh Malaysia serta dari wakil Majlis Gurulatih Kebangsaan (MGK) serta Lembaga Adat dan Istiadat Kebangsaan (LAIK).
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai pendaftaran keahlian dalam pertubuhan yang mana telah diputuskan dan dipersetujui bahawa keahlian dikawal selia oleh Setiausaha Agung dan kad keahlian bagi Ahli Baru dan Ahli Tahunan dicetak sendiri oleh bahagian negeri untuk diedarkan pada cawangan-cawangan. Rekabentuk kad keahlian perlulah mengikut standard dan spesifikasi rekabentuk oleh induk supaya kad keahlian setiap negeri dapat diseragamkan. Manakala bagi Keahlian Seumur Hidup akan dikawal selia penuh oleh induk dan Setiausaha Agung.
Juga telah diputuskan dengan persetujuan bagi sijil-sijil yang melibatkan ujian kenaikan bengkong, kegurulatihan, gelanggang, dan sandang dimana sijil gelanggang akan dicetak dan dikawal selia oleh Setiausaha Agung. Bagi sijil-sijil yang melibatkan kegurulatihan seperti Sijil Gurulatih, Sijil Bengkong akan dikawal selia oleh Majlis Gurulatih Kebangsaan dan sijil-sijil melibatkan adat dan istiadat akan perlulah dikawal selia oleh Lembaga Adat dan Istiadat Kebangsaan.
AMJA juga telah melantik 4 orang AJK tambahan bagi sesi 2023/25 daripada Terangganu, Pahang dan Perak untuk bersama-sama membantu melancarkan perjalanan dan pengurusan PSSGM dimasa akan datang.