PEMBENTUKAN JAWATANKUASA KECIL MAJLIS GURULATIH KEBANGSAAN SESI 2020-2022

Aktiviti Kegurulatihan

Hasil keputusan mesyuarat Majlis Gurulatih Kebangsaan yang telah diadakan pada 1 November 2020 memutuskan untuk membentuk empat (4) jawatankuasa kecil bagi memastikan perjalanan dan pengurusan Majlis Gurulatih berjalan dengan lancar dan tersusun serta dapat mencapai hasrat dan halatuju penubuhan Majlis Gurulatih Kebangsaan. Jawatankuasa kecil tersebut adalah seperti berikut :

  1. Jawatankuasa Kecil Pembangunan Gurulatih
  2. Jawatankuasa Kecil Pembangunan Murid
  3. Jawatankuasa Kecil Kejohanan
  4.  Jawatankuasa Kecil Pelajaran dan Penilaian

 Setiap jawatankuasa kecil tersebut akan dianggotai oleh Jawatankuasa Majlis Gurulatih Kebangsaan sesi 2020-2022.