NOTIS UNTUK MENGADAKAN MESYUARAT AGONG CAWANGAN

Pelembagaan

03 Feb 2023

Senarai cawangan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

( LAMPIRAN )

FASAL 14 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN

(1)          Majlis Jawatankuasa Agung boleh membenarkan penubuhan cawangan di kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 ahli Pertubuhan. Penubuhan cawangan hendaklah dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar Pertubuhan  terlebih dahulu.

(2)          Majlis Jawatankuasa Agung boleh membubarkan cawangan:

(a)          Jika bilangan ahli-ahli di dalam tempoh enam bulan berturut-turut kurang daripada 30; atau

(b)          Jika cawangan tidak mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau keputusan Mesyuarat Perwakilan atau Majlis Jawatankuasa Agung atau jika

 Majlis Jawatankuasa Agung mendapatinya bersalah kerana perbuatan mencemarkan Pertubuhan.

(3)          Keputusan membubarkan cawangan hendaklah dengan undi terbanyak di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Agung , dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan cawangan atas sebab yang disebutkan di dalam Fasal 14 (2) (b) di atas, cawangan yang berkenaan hendaklah diberi suatu notis selama 30 hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan tersebut.

(4)          Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Cawangan tidak boleh bergerak mulai dari tarikh penerimaan perintah tersebut kecuali untuk urusan penyelesaian. 

 Sebarang cawangan yang musykil  atas  perintah pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung di dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan perintah tersebut, membuat rayuan kepada Mesyuarat Perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berkuatkuasa sehingga dibatalkan tetapi di dalam keadaan yang sedemikian Majlis Jawatankuasa Agung boleh melantik satu jawatankuasa penjaga daripada ahli-ahli untuk menguruskan halehwal cawangan  itu sementara rayuan tersebut dipertimbangkan.

(5)          Jika sesuatu cawangan ditutup di atas sebab yang disebutkan dalam fasal 14 (2) (a) di atas, maka Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepada cawangan yang hampir sekali, dan jika cawangan ditutup kerana sebab di dalam peraturan 14 (2) (b) di atas, maka ahli-ahli akan terhenti menjadi  ahli Pertubuhan.

(6)          Adalah menjadi kewajipan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi cawangan itu menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lainnya yang dimiliki oleh cawangan berserta dengan penyata kewangan cawangan itu daripada tarikh akhir pengemukaan penyata kewangan itu dibentangkan sehingga tarikh perintah pembubaran.

(7)          Jika ahli-ahli sesuatu cawangan memutuskan hendak keluar daripada Pertubuhan, maka pegawai-pegawai cawangan itu dengan serta merta mestilah menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lain Pertubuhan dan seterusnya menyedia dan menyerahkan penyata kewangan kepada Setiausaha Agung seperti di dalam Fasal 14 (6) di atas.

FASAL 15 MESYUARAT AGUNG CAWANGAN

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN CAWANGAN

1           Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah di adakan tidak lewat dari bulan Mac setiap tahun.

2.           Kerja-kerja Mesyuarat Agung Cawangan ialah untuk:

(a)          Menerima laporan Bendahari Cawangan dan penyata kewangan Cawangan yang telah diaudit;

(b)          Memilih wakil-wakil Mesyuarat Perwakilan;

(c)          Memilih Jawatankuasa Cawangan dan Juruaudit Cawangan;

(d)          Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan.

3.                  Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada setiap ahli sekurang- kurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Cawangan pemberitahu awal yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat  mesyuarat, panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai cawangan.

4.                  Pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk perbincangan di dalam Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 7 hari selepas penerimaan pemberitahu awal mesyuarat.

5.                  Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada setiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung Cawangan, satu agenda termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan berserta dengan penyata kewangan cawangan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen- dokumen ini juga boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat  tempat urusan cawangan.

6.                  Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli cawangan yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa cawangan, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat  Agung Cawangan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi kourum untuk mesyuarat.

7.                  Jika kourum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 7 hari) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan, dan jika kourum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu  yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

8.            Suatu Mesyuarat Agung Khas Cawangan hendaklah diadakan:

(a)          Atas arahan Majlis Jawatankuasa Agung ; atau

(b)          Apabila Jawatankuasa Cawangan memikirkannya mustahak;

(c)          Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada 1/2 ahli-ahli cawangan yang berhak mengundi dengan menyatakan tujuan dan  sebab untuk mengadakan mesyuarat itu.

9.           Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.

10.         Fasal 15 (6) dan 15 (7) di dalam Perlembagaan ini berkenaan kourum dan penangguhan Mesyuarat Agung Cawangan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas Cawangan, tetapi dengan syarat jika kourum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

11.              Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada setiap ahli dan Setiausaha Agung satu salinan minit Mesyuarat Agung Cawangan atau Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat.

FASAL 16 JAWATANKUASA CAWANGAN

(1)          Setiap pengurusan Pertubuhan Cawangan akan ditadbirkan oleh satu jawatankuasa yang mengandungi:

a)            Seorang Pengerusi. (dilantik oleh Mesyuarat Agung)

b)            Seorang Timbalan Pengerusi (dilantik oleh Mesyuarat Agung)

c)            Seorang Setiausaha (dilantik oleh Pengerusi)

d)            Seorang Penolong Setiausaha (dilantik oleh Setiausaha)

e)            Seorang Bendahari

f)             Tidak lebih dari 10 atau tidak kurang daripada 5 orang Ahli Jawatankuasa.

(2)          Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Cawangan dan setiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas eksekutif dalam cawangan hendaklah warganegara Malaysia dan lahir di Malaysia.

(3)          Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang serta disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Cawangan. Semua pegawai boleh dilantik semula dua tahun sekali.

(4)          Fungsi Jawatankuasa Cawangan ialah mengelola dan mengaturkan kerjakerja harian Cawangan mengikut Perlembagaan Pertubuhan dan arahanarahan Majlis Jawatankuasa Agung dan Mesyuarat Perwakilan.

FASAL 17 TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN

(1)          Pengerusi Cawangan dalam tempoh memegang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung Cawangan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Dia mempunyai undi pemutus dan hendaklah dia menandatangani minit mesyuarat bila telah diluluskan.

(2)          Naib Pengerusi Cawangan hendaklah memangku jawatan Pengerusi Cawangan semasa ketiadaannya.

(3)          Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan kerja-kerja cawangan mengikut Perlembagaan dan dia hendaklah menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan. 

 Dia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Cawangan kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha Cawangan hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan,pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman setiap ahli. Dia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.Setiausaha Cawangan hendaklah menyampaikan kepada

Setiausaha Agung salinan minit mesyuarat tidak lewat dari 30 hari sesudah mesyuarat itu diadakan. Pemberitahuan mesyuarat hendaklah disampaikan kepada ahli-ahli tidak lewat dari 7 hari sebelum mesyuarat diadakan.

(4)          Penolong Setiausaha Cawangan hendaklah membantu Setiausaha Cawangan dalam menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu dalam masa ketiadaanya.

(5)          Bendahari Cawangan adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Cawangan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas ketepatan penyata kewangan Cawangan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.Bendahari Cawangan  akan bertanggungjawab tentang segala wang yang diterima dan dibayar bagi pihak Petubuhan, menulis serta menyimpan Buku Kira-Kira Kewangan dengan sempurnanya. Ia akan mengeluarkan resit resmi bagi segala wang yang di terima. Maka tidaklah boleh lain-lain pegawai atau kakitangan Pertubuhan di Cawangan itu menerima wang atau mengeluarkan resit dengan tidak mendapat kebenaran yang jelas yang diberikannya dengan bersurat oleh Pengerusi Cawangan pada setiap kali mereka itu di kehendaki berbuat demikian. Ia akan bertanggungjawab tentang keselamatan segala buku-buku kewangan dan surat-surat keterangan yang berkaitan di pejabat Cawangannya dengan tidak boleh dikeluarkannya buku-buku dan surat-surat keterangan dari pejabat rasmi cawangan nya dengan tidak mendapat kebenaran jelas yang diberikan dengan bersurat oleh Pengerusi pada setiap kali ia hendak mengeluarkannya. Ia akan menguruskan kira-kira bank cawangannya bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha cawangan. Ia  akan bertanggungjawab sendiri tentang wang-wang dan harta-harta Pertubuhan yang melalui cawangan nya.

(6)          Kewajipan Jawatankuasa Cawangan ialah menguruskan hal ehwal Cawangan menurut peraturan-peraturan Pertubuhan dan perintah-perintah oleh Majlis Jawatankuasa Agung. Jawatankuasa Cawangan akan bermesyuarat sekurang- kurangnya tiga(3) bulan sekali atau sebarang masa lain yang dikehendaki oleh Pengerusi atau dengan kehendak setengah dari bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan dan cukup korum mesyuarat apabila hadir setengah dari jumlah bilangannya.

FASAL 18 KEWANGAN CAWANGAN

(1)          Semua wang yang dikutip di Ibu Pejabat dan Cawangan-cawangan Pertubuhan akan menjadi aset bersama Pertubuhan.

(2)          Mesyuarat Agung Cawangn akan menentukan dari masa ke semasa peratusan kadar yuran yang akan disimpan di Cawangan sebagai kumpulan wang Cawangan dan akan menetapkan jenis-jenis perbelanjaan yang akan menggunakan wang Cawangan.

(3)          Setiap Bendahari Cawangan akan menyampaikan kepada Bendahari Negeri sebelum 15hb. setiap bulan yuran-yuran yang diterima oleh cawangan setelah ditolak peratusan yang disimpan sebagai kumpulan wang Cawangan.

(4)          Bendahari Cawangan akan juga menyampaikan kepada Bendahari Negeri sebelum 15hb. setiap bulan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira Cawangan bagi bulan lepas.

(5)          Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 500> (Ringgit Malaysia Lima ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan. Kira-kira bank itu hendaklah  di atas nama Cawangan.

(6)          Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Cawangan hendaklah ditandatangan bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Cawangan berhak melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana- mana penandatangan tersebut.

(7)          Perbelanjaan yang lebih daripada RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga ribu Sahaja) pada sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Cawangan dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung Cawangan terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga ribu Sahaja) boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan.

(8)          Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Cawangan dan diperiksa oleh juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 Perlembagaan ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedar untuk makluman ahli-  ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan yang berikutnya. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan yang berdaftar.

(9)          Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 01 Januari.

(10)       Semua wang, buku dan harta-harta lain Pertubuhan yang dipegang oleh mana- mana Cawangan yang telah dibubarkan akan dihantarkan dengan segera oleh Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Agung, bersama-sama dengan penyata kewangan sebagaimana dinyatakan pada fasal 14 (6) dan 14

FASAL 19 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN

(1)          Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Perlembagaan ini bagi perkara- perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan-cawangan Perlembagaan yang berkenaan mengenai pentadbiran Ibu Pejabat Pertubuhan akan diikuti sejauh mana yang sesuai.

(2)          Mesyuarat Perwakilan dan Majlis Jawatankuasa Agung akan memberi arahan kepada Mesyuarat Agung Cawangan mengenai pentadbirannya.

(3)          Tiga orang bukan Pegawai Pertubuhan ataupun calon Pegawai Pertubuhan untuk menjadi pemeriksa undi mesyuarat Agong Cawangan , mereka itu  mengawasi supaya cara-cara undi yang dijalankan adalah sebenarnya menurut cara-cara yang ditentukan dan akan mengesahkan keputusan itu.

(4)          Setiap orang yang berhak dalam hal kewangan Pertubuhan boleh memeriksa buku dan kira-kira Pertubuhan dan nama-nama ahli pada masa-masa yang munasabah di tempat buku-buku itu di simpan, dengan syarat membuat permintaan dengan memberi tempuh berpatutan dengan kebenaan Pegawai yang bertanggungjawab.

(5)          Mana mana ahli tidak boleh memegang sebarang jawatan di peringkat cawangan , bahagian negeri atau kebangsaan atau menjadi perwakilan dalam mesyuarat agung sekiranya mereka ada memegang jawatan utama didalam mana mana pertubuhan berdaftar yang ada berkaitan dengan Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia , Dato’ Meor Abdul Rahman Bin Daing Uda Mohd Hashim atau perguruan Silat Seni Gayong.