Wakil Perlimau Adat adalah mereka yang telah diamanahkan oleh Pertubuhan untuk menjalankan urusan majlis Perlimau Tapak & Seni di Malaysia mengikut negeri masing-masing. Untuk memastikan kelangsungan adat ini, hanya mereka yang amanah, berpengetahuan luas dalam Silat Seni Gayong dan mempunyai rekod pengurusan yang cemerlang sahaja dilantik untuk memikul tanggungjawab ini.
Pada 30hb November 2014, pihak Pertubuhan telah melantik Wakil-wakil Perlimau Tapak & Seni melalui majlis perwatikahan yang disempurnakan oleh anak kandung dan Waris Mutlak Mahaguru, Dato’ Paduka Hajah Siti Fadzillah binti Dato Meor Abdul Rahman. Mereka yang dilantik ini akan memulakan tugas mereka bermula tahun 2015.
Semua gurulatih dan gelanggang hendaklah berhubung dengan wakil-wakil perlimau ini mengikut negeri masing-masing supaya majlis Perlimau Tapak & Seni dapat disempurnakan. Berikut adalah nama-nama wakil Perlimau berkenaan :
KEDAH
- Encik Ishak bin Taib
- Encik Munir bin Wahab
PERAK
- Encik Faiezal Azmi Bin Mohd Yusop
- Khairul Azam bin Jamil
SELANGOR
- Dato’ Paduka Mufti bin Haji Ansari
- Dr. Rosman bin Ismail
- Encik Syarizal bin Maizan
- Encik Aminudin bin Ahmad
NEGERI SEMBILAN
- Dato Paduka Ishak bin Hasan
- Dato Paduka Mior Badrulhisyam bin Kamaruzaman
- Encik Abdul Rahman bin Mahmud
- Encik Taib bin Paiman
- Encik Saharuddin bin Sharif
- Encik Mohamad Said bin Nordin
MELAKA
- Encik Nordin bin Bengker
JOHOR
- Encik Zainal Abidin bin Attan
SINGAPURA
- Tuan Haji Ramli bin Kasiran