15 Feb, bertempat di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur
Mesyuarat AMJA kali ke-1/2025 telah dipengerusikan sendiri oleh Yang Di-Pertua, Lt. Gen. Dato Pahlawan Mohd Razif dan dihadiri oleh wakil-wakil Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJA), wakil daripada Ahli Lembaga Waris Amanah (ALWA), wakil Lembaga Adat Istiadat Kebangsaan (LAIK), wakil Majlis Gurulatih Kebangsaan (MGK) dan juga YDP negeri-negeri.
Mesyuarat yang telah diadakan secara bersemuka dan juga di atas talian inibagi membincangkan beberapa perkara terkini dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2025.
Beberapa keputusan mesyuarat telah diputuskan bersama dalam meningkatkan lagi mutu pentadbiran AMJA yang mana ianya bergerak seiring dengan Adat Istiadat Gayong disamping diterajui bersama dengan LAIK, MGK, LAIN dan MGN.
Ketika mesyuarat juga telah dimaklumkan untuk memindahkan pentadbiran induk PSSGM ke ibu negara dimana sebelum ini telah beroperasi di Masjid Tanah, Melaka untuk memudahkan lagi urusan pentadbiran anak-anak dan ahli-ahli Gayong secara keseluruhannya. Mengesahkan mengenai penambahan cawangan PSSGM di Kedah serta permohan cawangan baru bagi negeri Perak dan Negeri Sembilan.
Ketika mesyuarat juga telah diserahkan surat lantikan Cikgu Sazali bin Salleh sebagai Ex-Officio AMJA.
Dato Mohd Razif juga diakhir mesyuarat telah menasihati supaya setiap ahli Gayong sentiasa berganding bahu bersama tanpa berbelah bahagi dan setiap urusan perlulah mengikut prosedur yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan yang mana ianya merangkumi urusan pentadbiran, urusan adat istiadat dan juga urusan kegurulatihan.