SILAT SENI GAYONG FRANCE BERAMAH MESRA DENGAN AMJA PSSGM

Berita

15 Feb – Wakil daripada Gayong Perancis, United Kingdom dan Belgium, diketuai oleh Cikgu Saiful Hakim telah membuat kunjungan hormat serta beramah mesra dengan Ahli Majlis Jawatankuasa Agung, PSSGM di Kuala Lumpur.

Di dalam perjumpaan tersebut, mereka telah membincangkan mengenai hala tuju dan beberapa perkara lain untuk memantapkan lagi hubungan diantara ahli-ahli Gayong di sana dengan pentadbiran Gayong di Malaysia dimana mereka adalah merupakan salah satu Cawangan Luar Negara dibawah pentadbiran PSSGM.

Kehadiran wakil-wakil daripada Gayong France ini dengan segak berbaju melayu telah meningkatkan lagi ukhwah bersama serta mengeratkan silaturrahim sebagai Anak Gayong.