09 Jun 2024 yang lepas, bertempat di Dewan masjid Saidina Hamzah, Kg Batu Muda, Kuala Lumpur
Mesyuarat telah diadakan bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang dimana wakil-wakil daripada 6 cawangan telah menghadiri mesyuarat yang diadakan iaitu daripada Cawangan Wangsa Maju, Cheras, Lembah Pantai, Seputeh, Putrajaya dan Titiwangsa.
Turut hadir bersama adalah barisan Majlis Iman Khalifah iaitu Cikgu Rais, Cikgu Alias & haji Rani, Pengerusi Majlis Gurulatih iaitu Cikgu Rosaidi dan juga Cikgu Akramin sebagai pemerhati daripada induk.
Terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir bagi menjalankan tanggungjawab. Semoga semua perkara yang dibincang dan dibahaskan dapat diambil untuk penambahbaikan dimasa akan datang dan semoha Gayong Kuala Lumpur & Putrajaya terus maju kehadapan.
Oleh : Rashid Ibnu Rais
Gambar sepanjang mesyuarat diadakan