(Berpandukan kepada pindaan perlembagaan yang diluluskan pada 31.12.2019 )
1. Dasar Gabungan
- Dasar gabungan diantara Gelanggang , Cawangan , Bahagian Negeri dan seterusnya Kebangsaan adalah melalui pendaftaran keahlian .
- Perengkat Kebangsaan , perengkat pusat atau perengkat induk adalah mempunyai maksud yang sama .
2. Status dan Hak Ahli
(a) Ahli Biasa | – | Ahli yang berumur 18 tahun dan ke atas . Ahli ini boleh mengundi . |
(b) Ahli Bersekutu | – | Ahli yang berumur kurang dari 18 tahun . Ahli ini tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan . |
(c) Ahli Terus | – Ahli yang diterima terus di perengkat Kebangsaan . Ahli ini tidak boleh memegang jawatan atas nama cawangan atau Bahagian Negeri serta Kebangsaan tetapi boleh menyertai aktiviti boleh menyertai aktiviti aktiviti kegurulatihan atau adat istiadat . | |
(d) Ahli Gabungan | – | Ahli ahli dari pusat latihan PSSGM luar negara . Mereka tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan tetapi boleh menyertai aktiviti aktiviti kegurulatihan atau adat istiadat . |
(e) Ahli Seumur Hidup – | Ahli ini adalah dikalangan ahli dari mana mana kategori a, c atau d yang membayar dan diterima kadar yuran yang telah ditetapkan . |
(f) Permohonan Ahli Seumur hidup hanya kepada ahli yang telah menjadi Ahli PSSGM sebelum ini , tidak pernah masuk mana mana Pertubuhan / Persatuan serpihan Gayong ADMAR . Jika ada ahli tersebut di minta menjadi ahli biasa dalam masa dua tahun terlebih dahulu , baru boleh memohon menjadi Ahli Seumur Hidup . Ini bagi melihat kesungguhan dan kerpercayaan mereka terlebih dahulu .