24 Okt 2020 –
Lembaga Adat Istiadat Kebangsaan (LAIK) 2020-2022 telah mengadakan mesyuarat pertamanya melalui sidang video bagi melantik ahli jawatankuasa. Kenyataan lantikan telah dimaklumkan melalui surat pekeliling adat SPA Bil 9/2020 bertarikh 25 Okt 2020 (rujuk laman (page) Surat Pekeliling Adat). Mesyuarat yang telah diadakan turut mengukuhkan struktur pengurusan adat dengan mengekalkan pimpinan biro Majlis Perlimau Kebangsaan Tuan Haji Mohd Sani Morni, dan Biro Sandang En Md Ezhar Abas sebagai pengerusi biro-biro berkaitan.
Atas tujuan yang sama, En Rosman Sukim telah dilantik sebagai pengerusi biro Program dan Penerangan. Setiausaha LAIK, En Muhamad Akramin Zikri Ali memaklumkan bahawa En Fadzril Abdullah, En Ahmad Omar Faizul Mohamad, En Razani Hassani dan En Zainal Abidin Atan pula dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Urustadbir LAIK. Pegawai-pegawai yang dilantik ini adalah mewakili zon negeri-negeri Utara, Tengah, Timur dan Selatan. Pendekatan menggunakan wakil zon dalam Jawatankuasa Urustadbir dijangka akan dapat meningkat keberkesanan dan kecekapan pengendalian LAIK.
Senarai Ahli Lembaga Adat dan Istiadat Kebangsaan sesi 2020 ~ 2022