Amanah Arwah Dato' Meor Abdul Rahman
Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.
Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.
Jangan tepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu;
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.
Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.
Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan Sayang,
Di satu masa kembali berteguh.
SAJAK GAYONG
Dengan Bismillah mula dikata, Seni Gayong payung pusaka, Lembaganya bersih nyawanya suci, Gayong mencantum bersatu padu, Matahari terbit Palembang Seguntang, Gayong emas kendi pusaka, Besi kuning besi bersakti, |
Tempana Nipis nama asalku, Tempana Nipis nama asalku, Majapahit nama negara, Seni Gayong seni asli, Seni Gayong sudah terpuji, Seni Gayong seni Melayu, Seni Gayong seni pusaka, |
PANTUN RAHSIA GAYONG Berburu ke padang datar, Mendaki gunung meredah lurah, Mencari ramuan pengubat hati, Beranyut ke hilir panduan resemi, Lenggang bertapak seni memandang, |
SERUAN KHAS ARWAH Acap-acap di tepi laut, Anak Cina bermain gasing, Tanah Melaka tanah pusaka, Tanah Melaka tanah purba, |