Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

Lembaga Adat Istiadat Kebangsaan (LAIK) 2020-2022 telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 24 Okt 2020 melalui sidang video bagi melantik ahli jawatankuasa nya. Kenyataan lantikan telah dimaklumkan melalui surat pekeliling adat SPA Bil 9/2020 bertarikh 25 Okt 2020 (rujuk laman (page) Surat Pekeliling Adat). Mesyuarat yang telah diadakan turut mengukuhkan struktur pengurusan adat dengan mengekalkan pimpinan biro Majlis Perlimau Kebangsaan Tuan Haji Mohd Sani Morni, dan Biro Sandang En Md Ezhar Abas sebagai pengerusi biro-biro berkaitan.

Atas tujuan yang sama, En Rosman Sukim telah dilantik sebagai pengerusi biro Program dan Penerangan. Setiausaha LAIK, En Muhamad Akramin Zikri Ali memaklumkan bahawa En Fadzril Abdullah, En Ahmad Omar Faizul Mohamad, En Razani Hassani dan En Zainal Abidin Atan pula dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Urustadbir LAIK. Pegawai-pegawai yang dilantik ini adalah mewakili zon negeri-negeri Utara, Tengah, Timur dan Selatan. Pendekatan menggunakan wakil zon dalam Jawatankuasa Urustadbir dijangka akan dapat meningkat keberkesanan dan kecekapan pengendalian LAIK.

Attachments:
FileFile size
Download this file (Surat Pekeliling Adat Bil.9 2020 - Pelantikan Jawatankuasa LAIK 20-22.pdf)Surat Pekeliling Adat Bil 9/2020662 kB

PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY

Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email

pssgm@gayong.com.my

Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian

 

Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web

**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**