Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

         


 

29hb Mei 2017

       Dimaklumkan bahawa aktiviti penyampaian sandang hendaklah dikawal dengan berpandukan kepada Buku Peraturan Adat Istiadat (2016) yang telah diterbitkan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan.  Buku tersebut jelas menerangkan akan jenis sandang, kelayakan penerima dan fungsi pemegang sandang.

       Penerima sandang sebaiknya menerima set lengkap bagi menjaga sandang, maklumat fungsi sandang (buku), sijil anugerah dan kotak sandang selain dari sandang yang dianugerah.  Item-item ini membabitkan pembayaran seperti berikut:                       

                        Item                                        RM

i.                     Sandang                                  80.00

ii.                   Sijil                                          20.00

iii.                  Kotak                                        7.00

iv.                  Buku Panduan                         15.00

 

Penyampai sandang ditetapkan seperti berikut:

 

A.                  Sandang Berjawatan

 

i.                Sandang Kipas Emas dan keatas

Disampaikan oleh Waris Mutlak atau wakilnya dalam kalangan Ahli Lembaga Waris Amanah

 

ii.              Sandang Ketua Beradat dan keatas

Disampaikan oleh Ahli Lembaga Waris Amanah

 

iii.            Lain-lain sandang

Disampaikan oleh pemegang sandang Khalifah Besar dan keatas peringkat negeri masing-masing

 

                B              Sandang Kehormat

 

i.                Pemimpin negeri dan lain-lain pegawai kanan kerajaan pusat

Disampaikan oleh Waris Mutlak atau wakilnya dalam kalangan Ahli Lembaga Waris Amanah

 

ii.              Lain-lain penerima peringkat negeri

Disampaikan oleh pemegang sandang Khalifah Besar dan keatas peringkat negeri masing-masing

 

       Majlis penyampaian sandang boleh dikendalikan pada peringkat daerah mahupun negeri. Namun begitu, penyampai sandang hendaklah sepertimana yang dinyatakan diatas. Penerima sandang hendaklah dipastikan berpandukan kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan. Lembaga Beradat Negeri adalah sepenuhnya bertanggungjawab kepada urusan ini.