Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

Berita/Aktiviti

16 Dis 2018

 

Baru-baru ini Persekutuan Silat Antarabangsa ( PERSILAT) dari Indonesia telah      mengadakan satu seminar di Denver, Colorado.  USSA (United States Silat Association telah dibentuk). Beberapa badan pendiri silat di USA telah menjadi ahli termasukUSGF International. Kini USSA telah menjadi ahli gabungan PERSILAT.  Cgu Dr Sheikh Shamsuddin telah dilantik sebagai National Coach USSA dengan  dibantu oleh anak muridnya Cikgu Dave.

 

Ketika ini mereka sedang giat berlatih untuk menyediakan satu tim silat olahraga dansatu tim silat seni.  Anak Gayong Malaysia dilantik sebagai National Coach USSA     (United States Silat Asdociation).

16 Dec 2018

 

 

     Majlis ini merupakan, program istiadat Mandi Minyak kali ke-3 yang telah diadakan oleh PSSGMKS semenjak tertubuhnya pada tahun 1975. Program ini dihadiri oleh YBhTaSri Zainal DahlanTimbalaImaKhalifaPSSGSelangor.  YBhgDato’ Zainal Sakom, YDP PSSGM Selangor. Antara jemputan lain turut yang hadir adalah TuaMaruwaAhmadPegawai KhaYDato’ ShamsuddiLia(DUSBurong Tg Karang), Ayahanda Cikgu Md Ezhar Abas, Khalifah Besari Selangor (Bahagian Pelajaran dan Kegurulatihan), Dr Rosman bin Ismail, Timbalan YDP Negeri, Cikgu Hafizul Ayob Timbalan MGN dan Cg Azuan bin Mohd Said, SULAINS

    Istiadat diketuai oleh Tuan Hj Mohd Sani Morni, Khalifah Besar PSSGM Selangor (Bahagian Agama dan Kebajikan). Tuan Hj Mohd Sani telah dibantu oleh 3 pasukan pembantu dalang seramai 30 orang. Seramai 137 orang peserta telah terlibat yang terdiri dari pesilat dari gelanggang daerah Kuala Selangor, Klang dan  Petaling.

     Istiadat bermula dengan taklimat krew Mandi Minyak pada 15 Dec. 2018 jam 2030 dan tamat acara pada jam 1730, 16 Dis. 2018. Pengerusi PSSGMKS YBhg. Tuan Hj Lamsah Arbai @ Bai dan Pengarah Program Istiadat Mandi Minyak, Cg Ibrahim Rejab mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa,jemputan, peserta dan semua yang terlibat diatas kerjasama dan sokongan. Semoga ikatan ukwah ini akan terusberpanjangan.

 

13 Dis 2018

     Lembaga Beradat Kebangsaan kali ke 3 nya pada 29 Dis 2018 jam 1430.Mesyuarat kali ini akan diadakan di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor. Selain mengambil maklum isu-isu pengurusan badan adat negeri dan amalan adat-istiadat, pihak pengurusan mesyuarat juga akan mengambil kesempatan untuk menjelaskan surat-surat pekeliling adat yang telah dikeluarkan di sepanjang tahun2018.

     Dalam mesyuarat ini pihak pengurusan pusat juga berhajat untuk mendapat maklumat berhubung dengan status pengisian jawatan utama badan adat di setiap negeri. Jawatan-jawatan ini termasuklah ImamKhalifah, Timbalan ImamKhalifah, KipasEmas, KhalifahBesar.

     Semua Pengerusi Lembaga Beradat Negeri diminta hadir. Tuan Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan, menyatakan agak sukar untuk mentadbir hal pelaksanaan adat-istiadat negeri jika mereka yang memegang jawatan tidak komited dalam melaksanakan tugas, dan lebih aneh lagi apabila memberi pandangan dan teguran seolah-olah mereka berada di luar komuniti pengurusan. Sikap penyelesai masalah hendalah menjadi prinsip pengurusan tetapi bukan pencetus masalah.

 

4 Dis 2018

 


 

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia sedang berusaha untuk membentuk sebuah urus setiabagi menyelaras kegiatan Silat Gayong Malaysia di luar negara. Dalam memulakan langkah ini pihak Pertubuhan telah menganjurkan sebuah seminar bagi pendedahan pengendalian salah satu kaedah pengajaran yang dianjurkan di luar negara ( USA, Morocco, Belgium, Germany dan UK) yang disebut sebagai Close Quarter Combat. Seminar ini telah diadakan di PWTC dengan kerjasama Kelab Sukan PWTC dan Akademi PSSGM KL pada 1-2 Dis. 2018. Fasilitator seminar adalah terdiri dari Cikgu Sulaiman Sharif, Dr Lateef (Youth Development UPM), En Ayman Yusuf (Close Security and Executive Protection), Dr. Zainal Latif (Global PerforminArtdaYBhDato ’  ShaharudiHamid.

Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid, Pengerusi Biro Tadbir merangkap Timbalan YDP II PSSGM telah merasmikan seminar tersebut. Cikgu Abdul Rais Abdul Rahaman, Pengerusi Lembaga Beradat Negeri WP turut hadir di majlis tersebut. Mengikut Tuan Haji Anuar, unsur Close Quarter Combat akan dijadikan satu pakej pengajaran yang akan ditawarkan kepada penguatkuasa pada tahun 2019. Gurulatih-gurul;atih yang berminat ditawarkan untuk menyertai seminar dan latihan ini untuk menjadi tenaga pengajar bidang ini.

 

24 Nov 2019

     Program Makan Malam Segayong Seirama 2018 PSSGM Selangor telah dihadiri seramai 400 orang tetamu yang terdiri daripada gelanggang-gelanggang, wakil-wakil daerahdannegerisertajemputandaripadabeberapaPertubuhanSilatlain,badan NGO serta Sekolah Tahfiz . Tetamu kehormat yang hadir termasuk YBhg. Hajah SitFadzilahDatoMeorAbdulRahman (WarisMutlakPSSGM),  YBhg.Sazali Salleh DatoMeor  Abdul Rahman(AhliLembagaWaris  Amanah),YBhg.HajiMohdAnwar Abdul Hamid (Ahli Lembaga Waris Amanah Silat Seni Gayong merangkap Pengerusi Lembaga Adat PSSGM), YBhg. Dr. Abdul Mufti Haji Ansari (Ahli Lembaga  Waris  Amanah  PSSGM),YBhg.Tan  Sri  MuhammadHaji  Muhammad Taib (Ima Khalifa PSSGM  Selangor), YBhg. Tan Sri  DatoHaji  Zainal Dahalan (TimbalanImam KhalifahPSSGM  Selangor),YBhg.DatoHajiZainalAbidin HajiSakom(Yang Dipertua PSSGM Selangor), Khalifah BesarPSSGM Selangor (Cikgu Ezhar Abasdan Haji Mohd Sani Morni).

     Makan malam ini dilaksanakan bersempena pelancaran Tabung Amanah Gayong Selangor yang telah dirancang untuk dirasmikan oleh Menteri BesarSelangor. Walau bagaimanapun majlis tersebut telah dirasmikan oleh wakilnya YB Tuan Mohd Najwan Halimi (ADUN Kota Anggerik). Turut dirasmikan adalah hala tuju PSSGM Selangor ke arah memprofesionalkan silat dengan pengamalan pengurusan kualiti ISO yang telah diperoleh sejak tahun 2017 yang lalu dan cadangan membangunkan Pusat Latihan Tertinggi PSSGM Selangor.

     PenganugerahanSandangKehormattelahdisampaikanolehYBhg.SazaliSalleh DatoMeor  AbdulRahman  iringi  Waris  Mutlak  dan  para  LembagaWaris  Amanah. Penerima sandang tersebut adalah YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Encik Eszraq Zakaria (Pegawai Khas Parlimen Kapar), Encik Mohd Akif Ruzaini Ab Ghofar (Pegawai Khas ADUN Kota Anggerik), Encik Sherhan Nizam Abd Aziz(Pengurus BesarYayasanBasmiKemiskinan),EncikMohdNazrin(Setiausaha  program  Peduli Rakyat),Encik  Abdullah BinAbdul Rani(KetuaKampung Delik,Klang).

     Penyampaian Penghargaan Khas juga telah disampaikan dimajlis ini. Anugerah Daerah Terbaik diterima oleh Daerah Petaling, anugerah Gelanggang Terbaik oleh Gelanggang Panglima Hitam Batu Arang, anugerah Gurulatih Terbaik oleh Cikgu Mohd Rizal Ramli, Daerah Kuala Selangor, anugerah Tokoh Gayong Selangor olehCikgu Tuan Haji Lamsah Arbai @Bai. Pemilihan ini penerima anugerah- anugerah ini telah diketuai oleh Cikgu Rosman Ismail bersama Cikgu Mohd Ezhar Abas, Khalifah Besar Selangor dan bahagian pentadbiran PSSGM Selangor.

     Tempat Jamuan Makan Malam Segayong Seirama ini telah ditaja oleh YB Tuan Mohd Najwan Halim, manakala Encik Eszraq Zakaria menaja jamuan yang disajikan tema sajian ialah ala kampung. Majlis ini diserikan dengan persembahan silat, puisi Anak Gayong, nyanyian lagu klasik, dan persembahan teater. Turut hadir bagi mengawal dan memantau keselamatan majlis adalah pegawai polis dari IPD dan IPK Negeri Selangor. Makan Malam Segayong Seirama melabuhkan tirai pada jam 11 malam.

 


PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY

Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email

pssgm@gayong.com.my

Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian

 

Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web

**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**