Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

Berita/Aktiviti

aaa

 

ARAHAN TETAP PENTADBIRAN PSSGM 2020

( Berpandukan kepada pindaan perlembagaan yang diluluskan pada 31.12.2019 )

 

  1. Dasar Gabungan

·                   Dasar gabungan diantara Gelanggang , Cawangan , Bahagian Negeri dan seterusnya Kebangsaan adalah melalui pendaftaran keahlian . 

·                 Perengkat Kebangsaan , perengkat pusat atau  perengkat induk adalah mempunyai maksud yang sama .

  1. Status dan Hak Ahli

 

(a)  Ahli Biasa  -                  Ahli yang berumur 18  tahun  dan ke atas . Ahli ini boleh

mengundi dan memegang jawatan didalam pertubuhan jika

dilantik.

 

(b)  Ahli Bersekutu-             Ahli yang berumur kurang dari 18 tahun . Ahli ini tidak boleh

Mengundi dan memegang jawatan  dalam pertubuhan .

 

(c)   Ahli Terus -                   Ahli yang diterima terus  di perengkat Kebangsaan . Ahli ini tidak

boleh menyertai kegiatan  atau memegang jawatan atas nama

cawangan atau Bahagian Negeri  serta Kebangsaan .

 

(d)  Ahli Gabungan-            Ahli ahli dari  pusat latihan PSSGM  luar negara  . Mereka tidak

boleh mengundi dan memegang jawatan  dalam pertubuhan tetapi

boleh menyertai aktiviti aktiviti kegurulatihan atau adat istiadat .

 

(e)  Ahli Seumur Hidup -     Ahli ini adalah dikalangan ahli dari mana mana kategori a, c

atau d yang membayar dan diterima kadar yuran yang telah

ditetapkan .

  

  1. Yuran Keahlian

 

·                   Apabila permintaan seseorang untuk menjadi ahli telah diluluskan maka yuran tersebut akan dibahagikan seperti berikut :

 

(a)  Ahli Baru sebanyak RM 20.00

                        * 50% untuk simpanan Pertubuhan Kebangsaan.

                        * 25% untuk simpanan Bahagian Negeri

                        * 25% untuk sismpanan Cawangan Daerah

 

(b)  Ahli Lama sebanyak RM 10.00

                        * 50% untuk simpanan Pertubuhan Kebangsaan.

                        * 25% untuk simpanan Bahagian Negeri

                        * 25% untuk sismpanan Cawangan Daerah

(c)   Ahli Seumur Hidup sebanyak RM 200.00

                        * 50% untuk simpanan Pertubuhan Kebangsaan.

                        * 25% untuk simpanan Bahagian Negeri

                        * 25% untuk sismpanan Cawangan Daerah

(d) Ahli Terus sebanyak RM 20.00 ( tanpa cawangan )

(d)  Ahli Terus sebanyak RM 20.00 ( Cawangan Terus )

                        * 75% untuk simpanan Kebangsaan

                        * 25% untuk simpanan Cawangan Terus.

 

·                    Yuran Ahli Terus adalah sebanyak RM 20.00 pada setiap tahun .

 

·                   Bahagian Negeri atau Cawangan tidak ada hak pembahagian jika pendaftaran itu terus ke ibupejabat Manakala Ahli tersebut pula hilang kelayakan sebagai ahli Cawangan atau Bahagian negeri . (  Mereka menjadi ahli Terus )

 

·                   Ahli tersebut boleh memohon untuk terlibat didalam Cawangan Cawangan seterusnya Bahagian negeri , tetapi tidak layak untuk memegang sebarang jawatan

 

  1. Pendaftaran Keahlian

 

·                   Untuk Pendaftaran keahlian  seharusnya mengikut :

 

FASAL 4 KEAHLIAN

Perkara (4)      Permintaan menjadi ahli hendaklah di buat dengan mengisi borang yang ditentukan oleh Pertubuhan dan menyampaikan kepada Setiausaha Pertubuhan Cawangan . Setiauasaha Pertubuhan Cawangan akan menyampaikan permintaan itu kepada Setiausaha Pertubuhan Bahagian Negeri yang kemudiannya menyampaikan kepada Setiausaha Agung melainkan permohonan yang mengikut Peraturan 4  No. 5 untuk diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung. Majlis Jawatankuasa Agung boleh jika di fikirkan patut, menolak sebarang permintaan menjadi ahli dengan tidak perlu memberi alasannya.

 

·                   Semua setiausaha dan gurulatih yang ingin menghantar  borang pendaftaran keahlian di minta mengisi butiran keahlian terlebih dahulu dalam borang excel  ( yang dihantar melalui email ) sebagai simpanan untuk rujukan . Salinan senarai nama boleh lah diemailkan ke pejabat urusan Kebangsaan  bagi memudahkan sebarang urusaan pendaftaran . 

 

·                   Apabila borang asal  di terima oleh pihak Pejabat Urusan Kebangsaan , kad kad keahlian akan terus dihantar kepada pihak berkenaan .

 

·                   Adalah diminta semua setiausaha cawangan Bahagian Negeri dan Cawangan Daerah memastikan mempunyai salinan borang keahlian yang baru bagi diedarkan kepada ahli ahli Pertubuhan . Sila lihat laman web Pertubuhan untuk mendapatkan borang keahlian biasa dan borang keahlian Seumur Hidup .

 

·                   Sebarang permohonan keahlian Gayong Malaysia Hidup hendaklah memastikan mendapat sokongan daripada pihak YDP Negeri /Jawatankuasa Negeri / YDP Induk / Ahli Majlis Jawatankuasa Agung . Sekiranya  tidak  lengkap permohonan tidak akan diproses.

 

·                   Adalah diingatkan kepada semua cawangan , pendaftaran keahlian yang sah hanyalah diperengkat Kebangsaan  , mengikut perlembagaan pertubuhan :

 

FASAL 4 KEAHLIAN , Perkara  (6)

Ahli Pertubuhan yang SAH adalah ahli yang telah diluluskan pendaftaranya di perengkat PUSAT

 

·                   Bagi gurulatih yang menghantar borang pendaftaran keahlian  secara terus ke Pejabat Urusan Kebangsaan , salinan senarai nama juga wajib di hantar kepada Setiausaha  cawangan dan Setiausaha  Bahagian Negeri dengan lampiran  slip pembayaran yuran pendaftaran atau yuran tahunan  mengikut pembahagian yuran yang bersesuaian dengan pelembagaan pertubuhan , walau bagaimana pun segala tindakan adalah  atas persetujuan pihak Cawangan dan Bahagian Negeri .

 

·                   Yuran tahunan hendaklah dijelaskan tidak lewat dari 31 Mac pada setiap tahun. Walau bagaimana pun pendaftaran keahlian baru akan dibuat sepanjang tahun .

 

  1. Sijil Gurulatih

 

·                   Gurulatih yang bertanggungjawab mengajar haruslah seorang ahli PSSGM dan  mempunyai Sijil Gurulatih yang disahkan di perengkat Kebangsaan .

 

·                   Sijil Gurulatih boleh didapati degan  bayaran RM 25.00 seorang  setahun melalui  sokongan Majlis Gurulatih Bahagian negeri atau sekurang kurang  Pengerusi Cawangan. Permohonan sijil Gurulatih harus disertakan dengan Salinan Sijil  Bengkong terkini . Gurulatih harus mengikuti  seminar atau kursus Gurulatih terkini yang dianjurkan oleh PSSGM Negeri atau PSSGM Kebangsaan . Borang permohonan Sijil Gurulatih yang tidak lengkap tidak akan diproses .

 

 

  1. Pendaftaran Gelanggang

 

·                    Sekiranya melebihi dari 5 orang ahli  yang menyertai latihan , ianya mesti  mendapatkan Sijil Gelanggang yang akan dikeluarkan oleh perengkat Kebangsaan  @ Induk  yang sah mengikut tahun kelender yang ditetapkan ( atas akta Polis @ Keselamaatan dalam Negeri )

 

·                    Semua Gelanggang yang menjalankan aktiviti Silat Seni Gayong Malaysia adalah diwajibkan mempunyai sijil gelanggang yang juga dikeluarkan oleh perengkat Kebangsaan   . Sijil Gelanggang  perlu dihidupkan setiap tahun dengan bayaran RM 20.00 satu gelanggang  setahun dan permohonan tersebut harus bersama dengan pembayaran yuran tahunan atau yuran keahlian dari Gelanggang  . Borang permohonan Sijil Gelanggang  yang tidak  lengkap tidak akan diproses.

 

  1. Syestem E-Bangking

·                    Segala pembayaran  pendaftaran keahlian dan pembayaran yuran , hendaklah dihantar setu Salinan ke perengkat Kebangsaan  melalui email  dan pembayaran melalui   system E-banking ke akaun Pertubuhan ,

Nama  Akaun  :                       Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

                           No. akaun       :                       562209630106

                           Nama Bank &:                        Malayan Banking Berhad

                           Alamat Bank                           Taman Melawati  , 53100 Kuala Lumpur

 

  1. Mematuhi Perlembagaaan Pertubuhan

·         Semua Setiausaha PSSGM Bahagian Negeri dan Cawangan di kehendaki memastikan setiap peraturan dalam pelembagaan dipatuhi antaranya : 

FASAL 15 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN CAWANGAN

(1)          Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Cawangan hendaklah di adakan tidak lewat dari bulan Mac setiap tahun.

Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurangkurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan . Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli cawangan yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa cawangan

Sila pastikan  menghantar  satu Salinan notis mesyuarat ke Setiausaha PSSGM Bahagian Negeri  dan Setiausaha Agong sebelum mesyuarat diadakan bagi memastikan Cawangan berkenaan layak untuk mengadakan mesyuarat Agong (Setiap Cawangan yang sah berdaftar berhak menghantar 3 orang perwakilan dengan keahlian tahunan semasa sekurang kurang 30 orang ahli )

Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan Setiausaha Agung satu salinan minit Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat

  

FASAL 24 MAJLIS JAWATANKUASA PERTUBUHAN NEGERI

(4)        Mesyuarat Agong Pertubuhan Negeri hendaklah diadakan dalam bulan Jun tiap tiap tahun. Tarikh, masa dan tempat mesyuarat itu akan ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Pertubuhan Negeri

Tiap tiap Pertubuhan Cawangan boleh menghantar 3 wakil dalam Mesyuarat Agung Pertubuhan Negeri.

Cukup korum mesyuarat jika wakil-wakil yang hadir, dengan tidak kira bilangannya orangnya, mewakili lebih daripada setengah dari jumlah bilangan Pertubuhan Cawangan yang ada dalam negeri itu.

Mesyuarat Agong Pertubuhan Negeri hendaklah dihadiri oleh sekurang kurang dua orang Jawatankuasa Pusat atau salah seorang Jawatankuasa kanan Pusat yang dimandatkan sebagai pemerhati bagi melapurkan dan menasihat perjalanan mesyuarat .

Setiausaha Pertubuhan Negeri akan menjalankan segala perintah daripada Yang Dipertua Negeri dan Setiausaha Agong serta juga memberi laporan segala keputusan Mesyuarat Pertubuhan Negeri dan juga laporan dari Pertubuhan Cawangan kepada Setiausaha Agong.

Setiausaha Pertubuhan Negeri   hendaklah menghantar kepada tiap-tiap cawangan dan Setiausaha Agung satu salinan minit Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat.

 

  1. Pengesahan Mesyuarat Agong

·                   Setiap perwakilan dalam mesyuarat agong mestilah merupakan ahli yang berdaftar secara sah di perengkat Kebangsaan . Sekiranya terdapat ahli yang tidak berdaftar menjadi perwakilan dalam satu satu mesyuarat agong , Mesyuarat Agong tersebut akan dianggap terbatal. Mesyuarat perlu diadakan semula . 

·                   Kelayakan untuk menghantar perwakilan ke Mesyuarat Agong perengkat Kebangsaan adalah dengan menyertakan sekali slip penyata tahunan EROSESS  yang terkini .

 

  1. Akaun Bank Cawangan / Bhg Negeri

·                   Setiap PSSGM  Bahagian Negeri dan Cawangan Daerah yang telah  mempunyai Akaun Bank dikehendaki menghantar   maklumat  nama Bank dan nombor akuan bank ke Pejabat Urusan setelah kelulusan pembukaan akaun  untuk  dikemaskini dalam laman web bagi memudahkan pembayar yuran secara online .

 

  1. Langkah Langkah Keselamatan

·                   Pihak Cawangan dan Bahagian Negeri  adalah diingatkan agar setiap aktiviti yang dijalankan diperingkat cawangan ataupun bahagian negeri , terutama penurunan pelajaran khas atau senjata berjadual hendaklah dimaklumkan keperingkat induk @ Setiausaha Agong  bagi memastikan keselamatan dan sebarang masaalah yang timbul . Ini sebagai langkah berjaga jaga jika  sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku lebih lebih lagi melibatkan  perasmian program bersama orang orang kenamaan . ( Ahli Parlimen , Wakil wakil  Rakyat dan yang setara denganya,  Yang Dipertua dan  Ahli Majlis Jawatankuasa Agong  atau Ahli Lembaga Waris )

 

  1. Pengurusan dan pentadbiran

·                   Perlantikan Jawatankuasa diperingkat cawangan ataupun Bahagian Negeri hendaklah mengikut perlembagaan pertubuhan dengan memastikan jumlah jawatankuasa yang dilantik  mencukupi jumlah yang dinyatakan .

 

·                   Minit mesyuarat agong tiap cawangan atau bahagian negeri hendaklah dihantar ke Setiausaha Agong satu salinan bagi memudahkan urusan sistem erosess.

 

·                     Perkara-perkara penting dalam mengkemaskini dalam sistem eroses adalah ,

-          tarikh mesyuarat 

-          masa mesyuarat

-          tempat mesyuarat 

-          bilangan kehadiran 

-          bilangan keahlian keseluruhan cawangan / bahagian negeri  bagi tahun penyata.

-          Penyata kewangan

-          Biodata  Ahli Jawatankuasa yang lengkap ( No ic , alamat tinggal , nama dan alamat majikan , no telefon , alamat email )

 

 

  1. Autorati Pengurusan

            Pengurusan Gayong Malaysia melibatkan 3 badan pengurusan iaitu pentadbiran  pertubuhan , Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih .

            Namun begitu badan pentadbiran pertubuhan lebih diutamakan dan merupakan peneraju yang mengendalikan hal hal pengembangan dan pembangunan silat ini terutama jika melibatkan urusan dengan agensi agensi luar .

            Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan yang berdaftar dan bertanggungjawab atas segala kegiatan yang dijalankan .

 

  1. Sumber Maklumat

            Pentadbiran Pertubuhan adalah sumber rasmi segala maklumat yand dikeluarkan dan juga sumber pertama yang sepatutunya menerima maklumat untuk sebaran dalaman.

            Dengan status ini , maka badan badan lain Lembaga Adat Istidat dan Majlis Gurualtih tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atau menghubungi pihak luar atas nama pertubuhan .

            Sebarang perhubungan hanyalah bertujuan untuk sebaran maklumat dalaman sahaja .

            Pengurusan Gayong Malaysia melibatkan 3 badan pengurusan iaitu pentadbiran  pertubuhan , Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih .

            Namun begitu badan pentadbiran pertubuhan lebih diutamakan dan merupakan peneraju yang mengendalikan hal hal pengembangan dan pembangunan silat ini terutama jika melibatkan urusan dengan agensi agensi luar .

            Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan yang berdaftar dan bertanggungjawab atas segala kegiatan yang dijalankan

  

  1. Surat Rasmi

 

·                  Penggunaan kepala surat – letter head untuk hubungan luar hanyalah terhad kepada pemegang pemegang jawatan utama dalam Pertubuhan Cawangan atau Bahagian Negeri atau Kebangsaan sahaja .

 

·                   Kepala surat ini perlu menyatakan perengkat pentadbiran  masing masing sama ada Pertubuhan Cawangan , Bahagian Negeri ataupun Kebangsaan .

 

·                    Hanya badan badan yang berdaftar sahaja dibenarkan mengeluarkan surat rasmi kepada pihak luar .

 

·                   Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih adalah badan yang ditubuhkan secara dalaman dan badan badan ini adalah badan badan yang tidak berdaftar.

 

·                   Surat atas nama Lembaga Adat Istiadat atau Majlis Gurulatih tidak boleh dikeluarkan untuk maksud hubungan luar .

 

·                  Walau bagaimana pun surat surat oleh badan ini hanya untuk edaran dalaman seperti kepada gurulatih atau makluman kepada pentadbir PSSGM sendiri .

 

 

 

 

Assalammualaikum wbt

Adalah dimaklumkan dan digesa agar semua murid dan ahli PSSGM merujuk kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pertubuhan melalui siaran di media2 rasmi pertubuhan sahaja sprt laman web, pekeliling dan surat rasmi. Sebarang hebahan maklumat rasmi melalui mesej bertulis, lisan dan media sosial adalah dianggap sebagai mesej peribadi penghantar berkenaan. Ini berikutan tular mesej melalui whatapps mengenai butiran kenyataan media yang dibuat oleh pihak pertubuhan kelmarin. Mesej berkenaan adalah tidak tepat dan bukannnya dari sumber sahih/asli pihak pertubuhan. 

Sekian terima kasih.

 

Pen.Setiausaha Agung PSSGM.

 

 

 Berikut merupakan pautan Youtube berkenanan sidang media bagi keputusan penyelesaian pertikaian dan kenyataan media .  {attachments}Berita TV1 - Keputusan Penyelesaian Pertikaian

 

Sekian


PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY

Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email

pssgm@gayong.com.my

Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian

 

Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web

**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**