Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

12 April 2014

Bagi menyemai minat bersilat dalam kalangan murid sekolah rendah berusia 12 tahun dan kebawah), PSSGM telah menggubal silibus yang bersesuaian. Inisiatif ini telah diambil oleh PSSGM Negeri Selangor. Silibus yang dibangunkan adalah berasaskan dari silibus Dewasa pelajaran bengkung Asas hingga Pelangi Hijau. Setiap peringkat silibus pelajaran ini dibahagi dua, iaitu silibus pelajaran Asas dibahagi dua sehingga  bengkung Pelangi Hijau juga dibahagi dua (rujuk Silibus Pelajaran).

            Anak-anak yang mengikuti silibus ini seperti biasa, akan menjalani ujian kenaikan bengkung. Mereka akan memperoleh bengkung sekiranya berjaya dalam ujian. Bengkung kanak-kanak akan bermula dengan bengkung Asas dan kemudian Awan Putih Cula Hijau. Pada peringkat bengkung Awan Putih Cula Merah dan Awan Putih Cula Kuning, pelajarannya adalah bersamaan dengan bengkung Awan Putih pesilat dewasa. Jika seseorang anak berjaya mendapat bengkung ini dan kemudiannya menyambung latihan silatnya di sekolah menengah, maka kedudukan bengkungnya adalah sama dengan Awan Putih Dewasa dan layaklah dia mengikuti  pelajaran untuk mendapat bengkung Pelangi Hijau.

             Jika sebaliknya anak ini masih berada di sekolah rendah, maka dia harus mengikuti latihan silat untuk mendapat bengkung Awan Putih Cula Hitam.  Selepas berjaya mendapat bengkung tersebut, maka anak ini akan mengikuti pelajaran bengkung Pelangi Hijau. Sekiranya anak ini menyambung latihan silatnya di sekolah menengah atau sudah berumur 13 tahun, maka hendaklah ia sambung mengikuti pelajaran Pelangi Hijau untuk mengambil ujian kenaikan bengkung Pelangi Merah.

 Model Silibus Latihan Kanak-kanak

Asas    + Awan Putih Cula Hijau = Asas (Dewasa)

Awan Putih Cula Merah + Awan Putih Cula Kuning = Awan Putih (Dewasa)

Awan Putih Cula Hitam = Pelangi Hijau (Dewasa)

            Gurulatih disyorkan untuk membuka banyak gelanggang latihan di sekolah rendah kerana negara akan dapat melahirkan anak-anak yang akan cinta dengan budaya bangsa khususnya silat pada peringkat umur muda dan dalam masa yang sama dapat menerap serta menyemai nilai murni seperti berani, cekal, menghormati guru dan orang tua, semangat patriotik, yakin kepada diri dan sebagainya pada umur yang awal.  Langkah ini juga menepati kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam  kenyataan Aspirasi Murid yang berharap bahawa pelan tersebut dapat melahirkan anak- anak yang mempunyai Jati Diri Bangsa atau National Identiti.


PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY

Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email

pssgm@gayong.com.my.

 

Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian

 

Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web

**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**