Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

Share
Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah mengorak langkah untuk mengemaskan pengurusan persatuan seni bela diri khususnya silat. Surat arahan bertarikh 22 Februari 2013 kepada semua badan silat yang berdaftar di bawahnya telah diminta untuk mendaftarkan persatuan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM, atau dikenali juga dengan 'ROS'). Semua badan silat yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah dibatalkan 22 April 2013 dan semua fail badan-badan ini telah diserahkan kepada ROS.

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di bawah pimpinan Dato' Ismail Jantan dan Tuan Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid kini telah sah berdaftar kepada ROS dengan nombor pendaftaran PPM 010-04-0904-2013 dan atas nama PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA.

Surat Pembatalan pendaftaran di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia

Surat pembatalan pendaftaran di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia
(klik gambar untuk saiz besar)

Pihak pertubuhan dimaklumkan bahawa bukan sahaja pertubuhan pada peringkat kebangsaan perlu didaftarkan, tetapi juga pertubuhan cawangan negeri dan daerah.  Setakat ini sebanyak 14 buah cawangan daerah dan 4 buah cawangan negeri Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia telah berdaftar di bawah ROS.

Pihak pertubuhan berharap supaya semua daerah dan negeri yang lain mengambil inisiatif yang sama. Pentadbir PSSGM cawangan daerah dan negeri yang berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan sebelum ini diminta untuk menyemak status masing-masing dan mengambil tindakan sewajarnya. Langkah ini akan membolehkan Silat Seni Gayong Malaysia bergerak dan berkembang secara teratur dan berkesan di seluruh negara. Pertubuhan ini menyarankan supaya kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk mendaftarkan cawangannya, maka hendaklah menghubungi Setiausaha Agung, Pn Mariam Bujang untuk proses mendapat kebenaran menubuhkan cawangan dari ROS, dan kemudiannya mendaftarkan cawangan tersebut kepada pihak berkenaan.

Kebelakangan ini terdapat pihak tertentu menggunakan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) atas maksud organisasi lain. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Tindakan ini telah menyalahi undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan etika tadbir urus pertubuhan.

Share


PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY

Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email

pssgm@gayong.com.my.

 

Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian

 

Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web

**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**