Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

ARAHAN TETAP PENTADBIRAN PSSGM 2023

(Berpandukan kepada pindaan perlembagaan yang diluluskan pada 31.12.2019 )

 

 

1.Dasar Gabungan

 

              Dasar gabungan diantara Gelanggang , Cawangan , Bahagian Negeri dan seterusnya Kebangsaan adalah melalui pendaftaran keahlian .

 

              Perengkat Kebangsaan , perengkat pusat atau  perengkat induk adalah mempunyai maksud yang sama . 

 

 

2.Status dan Hak Ahli 

 

(a)Ahli Biasa 

 

-

Ahli yang berumur 18  tahun  dan ke atas . Ahli ini boleh  mengundi .

(b)Ahli Bersekutu

 

- 

Ahli yang berumur kurang dari 18 tahun . Ahli ini tidak boleh mengundi dan memegang jawatan  dalam pertubuhan

.

(c)Ahli Terus 

 

 

-                Ahli yang diterima terus  di perengkat Kebangsaan .

Ahli ini tidak boleh memegang jawatan atas nama cawangan atau Bahagian Negeri  serta Kebangsaan tetapi boleh menyertai aktiviti boleh menyertai aktiviti aktiviti kegurulatihan atau adat istiadat .

(d)Ahli Gabungan

 

- 

Ahli ahli dari  pusat latihan PSSGM  luar negara  .

Mereka tidak boleh mengundi dan memegang jawatan  dalam pertubuhan tetapi boleh menyertai aktiviti aktiviti kegurulatihan atau adat istiadat . 

(e)Ahli Seumur Hidup - 

Ahli ini adalah dikalangan ahli dari mana mana 

kategori a, c atau d yang membayar dan diterima kadar yuran yang telah  ditetapkan .

 

 

(f)Permohonan Ahli Seumur hidup hanya kepada ahli yang telah menjadi Ahli PSSGM sebelum ini , tidak pernah masuk mana mana Pertubuhan / Persatuan serpihan Gayong ADMAR . Jika ada ahli tersebut di minta menjadi ahli biasa dalam masa dua tahun terlebih dahulu , baru boleh memohon menjadi Ahli Seumur Hidup . Ini bagi melihat kesungguhan dan kerpercayaan mereka terlebih dahulu . 

 

3.Yuran Keahlian 

 

              Apabila permintaan seseorang untuk menjadi ahli telah diluluskan maka yuran tersebut akan dibahagikan seperti berikut :

 

(a)   Ahli Baru sebanyak RM 20.00

*  50% untuk simpanan Pertubuhan Kebangsaan.

*  25% untuk simpanan Bahagian Negeri

*  25% untuk sismpanan Cawangan Daerah

(b)   Ahli Lama sebanyak RM 10.00

*  50% untuk simpanan Pertubuhan Kebangsaan.

*  25% untuk simpanan Bahagian Negeri

*  25% untuk sismpanan Cawangan Daerah

(c)   Ahli Seumur Hidup sebanyak RM 200.00

*  50% untuk simpanan Pertubuhan Kebangsaan.

*  25% untuk simpanan Bahagian Negeri

*  25% untuk sismpanan Cawangan Daerah

 

(d)   Ahli Terus sebanyak RM 20.00 ( tanpa cawangan )

 

(d)Ahli Terus sebanyak RM 20.00 ( Cawangan Terus )

*  75% untuk simpanan Kebangsaan

*  25% untuk simpanan Cawangan Terus.

 

              Yuran Ahli Terus adalah sebanyak RM 20.00 pada setiap tahun .

 

              Bahagian Negeri atau Cawangan tidak ada hak pembahagian jika pendaftaran itu terus ke ibupejabat . Manakala Ahli tersebut pula hilang kelayakan sebagai ahli Cawangan atau Bahagian negeri . ( Mereka menjadi ahli Terus )

 

              Ahli tersebut boleh memohon untuk terlibat didalam Cawangan Cawangan seterusnya Bahagian negeri , tetapi tidak layak untuk memegang sebarang jawatan

 

 

 

 

 

 

 

 

4.Pendaftaran Keahlian

 

              Setiausaha  Gelanggang atau  Gurulatih  perlu menulis nama nama ahli yang didaftarkan  di dalam excel menggunakan format yang diberikan terlebih dahulu seterusnya  menghantar  kepada Setiausaha Cawangan , Setiausaha Bahagian Negeri dan Setiausaha Agong satu salinan  melalui email.   ( email induk :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )

 

              Setiausaha  Gelanggang atau  Gurulatih dikehendaki menghantar borang asal  permohonan keahlian dan pembayaran yuran tahunan kepada  Cawangan .  

 

              Setiausaha Cawangan perlu menghantar borang pendaftaran ahli dalam format pdf (imbasan dengan menggunakan pengimbas pencetak) / 'scanning method' dan senarai nama excel yang telah dibuat seterusnya  menghantarnya kepada bahagian negeri dan induk  melalui email  berserta dengan slip bayaran yuran yang telah masukkan ke dalam akaun bank Bahagian Negeri dan akaun bank induk  .

 

              Apa bila Induk mendapat salinan borang ahli ( pdf) dan senarai nama excel, nombor keahlian akan dikeluarkan seterusnya menghantar salinan nombor ahli ke Bahagian Negeri untuk cetakan Kad Keahlian . Nombor keahlian adalah hak  induk yang mengeluarkan .

              Bahagian Negeri boleh mengeluarkan Kad Keahlian berdasarkan format yang diberikan oleh induk . Bagi Bahagian Negeri yang tidak berkemampuan untuk mengeluarkan Kad Keahlian sendiri , Pejabat Urusan masih boleh bertanggungjawab untuk membantu mengeluarkan Kad Keahlian ( atas permohonan ) 

 

              Borang permohonan  keahlian yang  asal akan disimpan oleh pihak Cawangan tetapi Cawangan juga boleh menghantar melalui pos borang asal berkenaan ke Induk ( Pejabat Urusan) untuk simpanan . 

              Setiausaha  Cawangan menghantar borang pendaftaran ahli dalam format pdf (imbasan dengan menggunakan pengimbas pencetak) / 'scanning method'  melalui email  terus ke induk tanpa salinan ke Bahagian Negeri    akan  didaftarkan  sebagai

AHLI CAWANGAN TERUS . 

 

              Setiausaha  Gelanggang atau  Gurulatih yang menghantar borang keahlian secara menual ( borang asal ) ke Induk tanpa melalui Cawangan atau Bahagian Negeri akan terus didaftarkan sebagai AHLI TERUS GABUNGAN  

 

              Secara mudahnya  cawangan menghantar borang keahlian ke induk , induk mengeluarkan nombor keahlian dan Bahagian Negeri membuat cetakan Kad

Keahlian . 

 


Adalah diminta semua setiausaha cawangan Bahagian Negeri dan Cawangan Daerah memastikan mempunyai salinan borang keahlian yang baru bagi diedarkan kepada ahli ahli Pertubuhan . Sila lihat laman web Pertubuhan untuk mendapatkan borang keahlian biasa dan borang keahlian Seumur Hidup . 

 

              Sebarang permohonan keahlian Gayong Malaysia Hidup hendaklah memastikan mendapat sokongan daripada pihak YDP Negeri /Jawatankuasa Negeri / YDP Induk / Ahli Majlis Jawatankuasa Agung . Sekiranya  tidak  lengkap permohonan tidak akan diproses.

 

              Walau bagaimana pun adalah diingatkan kepada semua Gelanggang dan Gurulatih, pendaftaran keahlian yang sah hanyalah diperengkat Kebangsaan  , mengikut perlembagaan pertubuhan : 

 

FASAL 4 KEAHLIAN , Perkara  (6)

 

Ahli Pertubuhan yang SAH adalah ahli yang telah diluluskan pendaftaranya di perengkat PUSAT

 

              Yuran tahunan hendaklah dijelaskan tidak lewat dari 31 Mac pada setiap tahun. Walau bagaimana pun pendaftaran keahlian baru akan dibuat sepanjang tahun .

 

 

 

5.Sijil Gurulatih dan Pembantu Gurulatih

 

              Gurulatih yang bertanggungjawab mengajar haruslah seorang ahli PSSGM dan  mempunyai Sijil Gurulatih yang disahkan di perengkat Kebangsaan .

 

              Sijil Gurulatih boleh didapati dengan  bayaran RM 25.00 seorang  setahun melalui  sokongan Majlis Gurulatih Bahagian negeri atau sekurang kurang  Pengerusi Cawangan. Permohonan sijil Gurulatih harus disertakan dengan Salinan Sijil  Bengkong terkini . 

 

              Sijil Pembantu Gurulatih boleh didapati dengan bayaran RM 15.00 seorang untuk setahun dengan syarat perlu pengesahan dari Gurulatih yang dinamakan. 

 

              Semua permohonan sijil hendaklah dihantar kepada Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri  untuk disahkan. Semua urusan hendakalah dihantar melalui email

 

              Majlis Gurulatih Negeri hendaklah menghantar borang permohonan sijil kepada Setiausaha Negeri untuk pengesahan keahlian bersama slip bayaran sijil berkenaan . 

 

Setiausaha Bahagian Negeri pula hendaklah menghantar borang permohonan sijil kepada Setiausaha Agong bagi urusan pengeluaran sijil atau Pembantu Gurulatih berkenaan .

 

              Setiausaha Agong akan menghantar semua sijil asal yang telah siap melalui pos dan email kepada Setiausaha Bahagian Negeri bagi diedarkan kepada Gurulatih / Pembantu Gurulatih . 

 

              Adalah diingatkan kepada semua Setiausaha untuk memastikan Gurulatih yang memohon sijil gurulatih sememang  mempunyai Gelanggang yang dikelolakan . 

 

Gurulatih / Pembantu Gurulatih                Majlis Gurulatih Negeri                Setiausaha Bahagian Negeri                  Setiausaha Agong (Pejabat Urusan ) melalui email berserta bayaran.

 

              Permohonan Sijil Gurulatih juga boleh menggunakan google-form  seperti link di bawah .

 

https://forms.gle/nZNBEqwoKDwveFnR6

 

• Permohonan Sijil Pembantu  Gurulatih juga boleh menggunakan google-form  seperti link di bawah .

 

                             https://forms.gle/ehtwnCybKWnhg7VU8

 

Sijil akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan dari Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri atau Setiausaha Bahagian Negeri.

 

 

 

6.Pendaftaran Gelanggang 

              Sekiranya melebihi dari 5 orang ahli  yang menyertai latihan , ianya mesti  mendapatkan Sijil Gelanggang yang akan dikeluarkan oleh perengkat Kebangsaan 

@ Induk  yang sah mengikut tahun kelender yang ditetapkan ( atas akta Polis @ Keselamaatan dalam Negeri ) 

 

              Semua Gelanggang yang menjalankan aktiviti Silat Seni Gayong Malaysia adalah diwajibkan mempunyai sijil gelanggang yang juga dikeluarkan oleh perengkat Kebangsaan   . Sijil Gelanggang  perlu dihidupkan setiap tahun dengan bayaran RM 20.00 satu gelanggang  setahun dan permohonan tersebut harus bersama dengan pembayaran yuran tahunan atau yuran keahlian dari Gelanggang  . Borang permohonan Sijil Gelanggang  yang tidak  lengkap tidak akan diproses.

 

Gurulatih / Pembantu Gurulatih  hendaklah menghantar borang permohonan sijil  Gelanggang kepada Setiausaha Cawangan . Semua urusan hendakalah dihantar melalui email

 

              Setiausaha Cawangan  hendaklah menghantar borang permohonan sijil kepada Setiausaha Negeri untuk pengesahan keahlian bersama slip bayaran sijil berkenaan . 

 

              Setiausaha Bahagian Negeri pula hendaklah menghantar borang permohonan sijil kepada Setiausaha Agong bagi urusan pengeluaran sijil atau surat perlanjutan Sijil Gelanggang  berkenaan .

 

              Setiausaha Agong akan menghantar semua sijil asal yang telah siap melalui pos melalui email kepada Setiausaha Bahagian Negeri bagi diedarkan kepada Cawangan Cawangan  . 

 

Gurulatih / Pembantu Gurulatih                 Setiausaha Cawangan                 Setiausaha Bahagian Negeri                  Setiausaha Agong (Pejabat Urusan ) melalui email berserta bayaran.

 

              Permohonan Sijil Gelanggang  juga boleh menggunakan google-form  seperti link di bawah .

 

https://forms.gle/ZUXUyz7TLFXwhRP99

 

              Sijil akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan dari Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri atau Setiausaha Bahagian Negeri .  

 

              Mana mana Gelanggang atau gurulatih yang mengajar tanpa sijil , pihak pentadbir bahagian negeri wajib  melapurkan kepada induk serta  pihak berkuasa tempatan dan mereka tidak dibenarkan menggunakan nama Pertubuhan untuk sebarang aktiviti . 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

7.Sistem E-Banking

. 

Segala pembayaran  pendaftaran keahlian dan pembayaran yuran oleh Setiausaha PSSGM Negeri , hendaklah dihantar slip bayaran   melalui email  dan pembayaran melalui   Sistem E-Banking ke akaun Pertubuhan , 

                                 Nama  Akaun :            Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

                        No. akaun        :           562209630106

                        Nama Bank & :           Malayan Banking Berhad

                        Alamat Bank               Taman Melawati  , 53100 Kuala Lumpur

 

8.Mematuhi Perlembagaaan Pertubuhan

 

      Mana mana Cawangan atau Cawangan Bahagian Negeri yang tidak mengadakan mesyuarat agong tahunan melebihi dari dua  tahun berturut turut  , akan dihantar surat amaran  dan sekiranya masih berlanjutan ke tiga tahun ,  Cawangan tersebut akan syurkan  kepada   Jabatan Pendaftaran Pertubuhan  untuk dibatalkan . 

 

      Semua Setiausaha PSSGM Bahagian Negeri dan Cawangan di kehendaki memastikan setiap peraturan dalam pelembagaan dipatuhi antaranya :  

 

FASAL 15 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN CAWANGAN

(1)Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Cawangan hendaklah di adakan tidak lewat dari bulan Mac setiap tahun.

 

Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurangkurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan . Sekurangkurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli cawangan yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa cawangan Sila pastikan  menghantar  satu Salinan notis mesyuarat ke Setiausaha PSSGM Bahagian Negeri  dan Setiausaha Agong sebelum mesyuarat diadakan bagi memastikan Cawangan berkenaan layak untuk mengadakan mesyuarat Agong (Setiap Cawangan yang sah berdaftar berhak menghantar 3 orang perwakilan dengan keahlian tahunan semasa sekurang kurang 30 orang ahli ) 

Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan Setiausaha Agung satu salinan minit Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat

 

FASAL 24 MAJLIS JAWATANKUASA PERTUBUHAN NEGERI

(4)  Mesyuarat Agong Pertubuhan Negeri hendaklah diadakan dalam bulan Jun tiap tiap tahun. Tarikh, masa dan tempat mesyuarat itu akan ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Pertubuhan Negeri

Tiap tiap Pertubuhan Cawangan boleh menghantar 3 wakil dalam Mesyuarat Agung Pertubuhan Negeri.

Cukup korum mesyuarat jika wakil-wakil yang hadir, dengan tidak kira bilangannya orangnya, mewakili lebih daripada setengah dari jumlah bilangan Pertubuhan Cawangan yang ada dalam negeri itu.

Mesyuarat Agong Pertubuhan Negeri hendaklah dihadiri oleh sekurang kurang dua orang Jawatankuasa Pusat atau salah seorang Jawatankuasa kanan Pusat yang dimandatkan sebagai pemerhati bagi melapurkan dan menasihat perjalanan mesyuarat .

Setiausaha Pertubuhan Negeri akan menjalankan segala perintah daripada Yang Dipertua Negeri dan Setiausaha Agong serta juga memberi laporan segala keputusan Mesyuarat Pertubuhan Negeri dan juga laporan dari Pertubuhan Cawangan kepada Setiausaha Agong.

Setiausaha Pertubuhan Negeri   hendaklah menghantar kepada tiap-tiap cawangan dan Setiausaha Agung satu salinan minit Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat.

 

 

9.Pengesahan Mesyuarat Agong

 

               Sebelum menjalankan Mesyuarat Agong , Setiausaha Cawangan atau Setiausaha Bahagian Negeri haruslah memastikan ahli yang ingin menjadi perwakilan telah membayar YURAN TAHUNAN terkini terlebih dahulu . Sila buat semakan keahlian terlebih dahulu ke Pejabat Urusan , sebelum menerima mereka menjadi perwakilan dalam Mesyuarat Agong .

 

               Sekiranya terdapat ahli yang tidak berdaftar menjadi perwakilan dalam satu satu mesyuarat agong , Mesyuarat Agong tersebut akan dianggap terbatal. Mesyuarat perlu diadakan semula .

 

               Kelayakan untuk menghantar perwakilan ke Mesyuarat Agong perengkat Kebangsaan adalah dengan menyertakan sekali slip penyata tahunan EROSESS  yang terkini .

 

               Cawangan yang menjalankan mesyuarat Agong ,  tidak cukup korum atau tidak layak mengadakan mesyuarat Agong ,  TIDAK BOLEH Menghantar sebarang USUL  dalam mesyuarat Agong perengkat Negeri atau Induk . 

 

 

10.Akaun Bank Cawangan / Bhg Negeri

 

              Setiap PSSGM  Bahagian Negeri dan Cawangan Daerah yang telah  mempunyai Akaun Bank dikehendaki menghantar   maklumat  nama Bank dan nombor akaun bank ke Pejabat Urusan setelah kelulusan pembukaan akaun  untuk  dikemaskini dalam laman web bagi memudahkan pembayar yuran secara online .

              Bendahari Cawangan atau Bendahari Negeri haruslah memastikan menggunakan alamat yang sesuai untuk mendaftar akaun bank .

 

 

11.Langkah Langkah Keselamatan

 

Pihak Cawangan dan Bahagian Negeri  adalah diingatkan agar setiap aktiviti yang dijalankan diperingkat cawangan ataupun bahagian negeri , terutama penurunan pelajaran khas atau senjata berjadual hendaklah dimaklumkan keperingkat induk @ Setiausaha Agong  bagi memastikan keselamatan dan sebarang masaalah yang timbul . Ini sebagai langkah berjaga jaga jika  sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku lebih lebih lagi melibatkan  perasmian program bersama orang orang kenamaan . ( Ahli Parlimen , Wakil wakil  Rakyat dan yang setara denganya,  Yang Dipertua dan  Ahli Majlis Jawatankuasa Agong  atau Ahli Lembaga Waris )

 

 

 

12.Pengurusan dan pentadbiran  

 

              Perlantikan Jawatankuasa diperingkat cawangan ataupun Bahagian Negeri hendaklah mengikut perlembagaan pertubuhan dengan memastikan jumlah jawatankuasa yang dilantik  mencukupi jumlah yang dinyatakan . 

 

              Minit mesyuarat agong tiap cawangan atau bahagian negeri hendaklah dihantar ke Setiausaha Agong satu salinan bagi memudahkan pengesahan dalam urusan sistem erosess.

 

              Perkara-perkara penting dalam mengkemaskini dalam sistem eroses adalah , 

-          tarikh mesyuarat  

-          masa mesyuarat 

-          tempat mesyuarat  

-          bilangan kehadiran  

-          bilangan keahlian keseluruhan cawangan / bahagian negeri  bagi tahun penyata.

-          Penyata kewangan 

-          Biodata  Ahli Jawatankuasa yang lengkap ( No ic , alamat tinggal , nama dan alamat majikan , no telefon , alamat email )

 

 

13.Autorati Pengurusan 

 

                     Pengurusan Gayong Malaysia melibatkan 3 badan pengurusan iaitu pentadbiran  pertubuhan , Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih . 

 

                     Namun begitu badan pentadbiran pertubuhan lebih diutamakan dan merupakan peneraju yang mengendalikan hal hal pengembangan dan pembangunan silat ini terutama jika melibatkan urusan dengan agensi agensi luar . 

 

                     Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan yang berdaftar dan bertanggungjawab atas segala kegiatan yang dijalankan .

 

              Dalam proses pengeluaran apa juga bentuk Sijil , sila pastikan orang yang betul betul bertanggungjawab telah dilantik dan  tidak melibatkan orang luar atau badan luar untuk menanda tangani sijil kecuali aktiviti penganjuran bersama .

 

              Adalah diingatkan sekali lagi kepada semu Ahli Pertubuhan akan ikrar , memohon menjadi ahli didalam Borang Keahlian 

PENGAKUAN PEMOHON “

Saya mengaku bahawa segala butiran seperti di atas adalah benar dan berjanji akan mematuhi segala arahan Pertubuhan dan Perlembagaannya. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini pada saya semasa mengikuti sebarang aktiviti Pertubuhan, pihak Pertubuhan dan mereka yang berkenaan tidak akan dipertanggungjawabkan.” 

 

 

 

 

14.Sumber Maklumat

 

                     Pentadbiran Pertubuhan adalah sumber rasmi segala maklumat yang dikeluarkan dan juga sumber pertama yang sepatutunya menerima maklumat untuk sebaran dalaman.

 

                     Dengan ini mana mana pihak harus merujuk ke Pentadbiran Pertubuhan terlebih dahulu untuk sebarang maklumat untuk dapat pengesahan atau kesahihan .

              Mana mana pihak boleh mengabaikan  sebarang arahan yang  dikeluarkan tanpa pengesahan dari badan pentadbir .

 

              Dengan status ini , maka badan badan lain Lembaga Adat Istidat dan Majlis Gurulatih tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atau menghubungi pihak luar atas nama pertubuhan .Sebarang perhubungan hanyalah bertujuan untuk sebaran maklumat dalaman sahaja .

 

 

15.Surat Rasmi

 

              Penggunaan kepala surat – letter head untuk hubungan luar hanyalah terhad kepada pemegang pemegang jawatan utama dalam Pertubuhan Cawangan atau Bahagian Negeri atau Kebangsaan sahaja .

 

              Kepala surat ini perlu menyatakan perengkat pentadbiran  masing masing sama ada Pertubuhan Cawangan , Bahagian Negeri ataupun Kebangsaan .

 

              Hanya badan badan yang berdaftar sahaja dibenarkan mengeluarkan surat rasmi kepada pihak luar .

 

              Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih adalah badan yang ditubuhkan secara dalaman dan badan badan ini adalah badan badan yang tidak berdaftar.

 

              Surat atas nama Lembaga Adat Istiadat atau Majlis Gurulatih tidak boleh dikeluarkan untuk maksud hubungan luar . 

 

              Walau bagaimana pun surat surat oleh badan ini hanya untuk edaran dalaman seperti kepada gurulatih atau makluman kepada pentadbir PSSGM sendiri .

 

              Logo untuk kepala surat hendaklah mengikut  apa yang telah  didaftarkan didalam Perlembagaan Pertubuhan . Tidak ada mana mana pihak boleh mengubah suai leter head yang berkenaan . 


PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY

Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email

pssgm@gayong.com.my

Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian

 

Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web

**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**