Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

13 Dis 2018

     Lembaga Beradat Kebangsaan kali ke 3 nya pada 29 Dis 2018 jam 1430.Mesyuarat kali ini akan diadakan di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor. Selain mengambil maklum isu-isu pengurusan badan adat negeri dan amalan adat-istiadat, pihak pengurusan mesyuarat juga akan mengambil kesempatan untuk menjelaskan surat-surat pekeliling adat yang telah dikeluarkan di sepanjang tahun2018.

     Dalam mesyuarat ini pihak pengurusan pusat juga berhajat untuk mendapat maklumat berhubung dengan status pengisian jawatan utama badan adat di setiap negeri. Jawatan-jawatan ini termasuklah ImamKhalifah, Timbalan ImamKhalifah, KipasEmas, KhalifahBesar.

     Semua Pengerusi Lembaga Beradat Negeri diminta hadir. Tuan Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan, menyatakan agak sukar untuk mentadbir hal pelaksanaan adat-istiadat negeri jika mereka yang memegang jawatan tidak komited dalam melaksanakan tugas, dan lebih aneh lagi apabila memberi pandangan dan teguran seolah-olah mereka berada di luar komuniti pengurusan. Sikap penyelesai masalah hendalah menjadi prinsip pengurusan tetapi bukan pencetus masalah.

 


PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY

Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email

pssgm@gayong.com.my.

 

Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian

 

Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web

**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**