Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

4 Dis 2018

 


 

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia sedang berusaha untuk membentuk sebuah urus setiabagi menyelaras kegiatan Silat Gayong Malaysia di luar negara. Dalam memulakan langkah ini pihak Pertubuhan telah menganjurkan sebuah seminar bagi pendedahan pengendalian salah satu kaedah pengajaran yang dianjurkan di luar negara ( USA, Morocco, Belgium, Germany dan UK) yang disebut sebagai Close Quarter Combat. Seminar ini telah diadakan di PWTC dengan kerjasama Kelab Sukan PWTC dan Akademi PSSGM KL pada 1-2 Dis. 2018. Fasilitator seminar adalah terdiri dari Cikgu Sulaiman Sharif, Dr Lateef (Youth Development UPM), En Ayman Yusuf (Close Security and Executive Protection), Dr. Zainal Latif (Global PerforminArtdaYBhDato ’  ShaharudiHamid.

Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid, Pengerusi Biro Tadbir merangkap Timbalan YDP II PSSGM telah merasmikan seminar tersebut. Cikgu Abdul Rais Abdul Rahaman, Pengerusi Lembaga Beradat Negeri WP turut hadir di majlis tersebut. Mengikut Tuan Haji Anuar, unsur Close Quarter Combat akan dijadikan satu pakej pengajaran yang akan ditawarkan kepada penguatkuasa pada tahun 2019. Gurulatih-gurul;atih yang berminat ditawarkan untuk menyertai seminar dan latihan ini untuk menjadi tenaga pengajar bidang ini.

 


PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY

Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email

pssgm@gayong.com.my.

 

Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian

 

Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web

**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**