Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

24 Nov 2019

     Program Makan Malam Segayong Seirama 2018 PSSGM Selangor telah dihadiri seramai 400 orang tetamu yang terdiri daripada gelanggang-gelanggang, wakil-wakil daerahdannegerisertajemputandaripadabeberapaPertubuhanSilatlain,badan NGO serta Sekolah Tahfiz . Tetamu kehormat yang hadir termasuk YBhg. Hajah SitFadzilahDatoMeorAbdulRahman (WarisMutlakPSSGM),  YBhg.Sazali Salleh DatoMeor  Abdul Rahman(AhliLembagaWaris  Amanah),YBhg.HajiMohdAnwar Abdul Hamid (Ahli Lembaga Waris Amanah Silat Seni Gayong merangkap Pengerusi Lembaga Adat PSSGM), YBhg. Dr. Abdul Mufti Haji Ansari (Ahli Lembaga  Waris  Amanah  PSSGM),YBhg.Tan  Sri  MuhammadHaji  Muhammad Taib (Ima Khalifa PSSGM  Selangor), YBhg. Tan Sri  DatoHaji  Zainal Dahalan (TimbalanImam KhalifahPSSGM  Selangor),YBhg.DatoHajiZainalAbidin HajiSakom(Yang Dipertua PSSGM Selangor), Khalifah BesarPSSGM Selangor (Cikgu Ezhar Abasdan Haji Mohd Sani Morni).

     Makan malam ini dilaksanakan bersempena pelancaran Tabung Amanah Gayong Selangor yang telah dirancang untuk dirasmikan oleh Menteri BesarSelangor. Walau bagaimanapun majlis tersebut telah dirasmikan oleh wakilnya YB Tuan Mohd Najwan Halimi (ADUN Kota Anggerik). Turut dirasmikan adalah hala tuju PSSGM Selangor ke arah memprofesionalkan silat dengan pengamalan pengurusan kualiti ISO yang telah diperoleh sejak tahun 2017 yang lalu dan cadangan membangunkan Pusat Latihan Tertinggi PSSGM Selangor.

     PenganugerahanSandangKehormattelahdisampaikanolehYBhg.SazaliSalleh DatoMeor  AbdulRahman  iringi  Waris  Mutlak  dan  para  LembagaWaris  Amanah. Penerima sandang tersebut adalah YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Encik Eszraq Zakaria (Pegawai Khas Parlimen Kapar), Encik Mohd Akif Ruzaini Ab Ghofar (Pegawai Khas ADUN Kota Anggerik), Encik Sherhan Nizam Abd Aziz(Pengurus BesarYayasanBasmiKemiskinan),EncikMohdNazrin(Setiausaha  program  Peduli Rakyat),Encik  Abdullah BinAbdul Rani(KetuaKampung Delik,Klang).

     Penyampaian Penghargaan Khas juga telah disampaikan dimajlis ini. Anugerah Daerah Terbaik diterima oleh Daerah Petaling, anugerah Gelanggang Terbaik oleh Gelanggang Panglima Hitam Batu Arang, anugerah Gurulatih Terbaik oleh Cikgu Mohd Rizal Ramli, Daerah Kuala Selangor, anugerah Tokoh Gayong Selangor olehCikgu Tuan Haji Lamsah Arbai @Bai. Pemilihan ini penerima anugerah- anugerah ini telah diketuai oleh Cikgu Rosman Ismail bersama Cikgu Mohd Ezhar Abas, Khalifah Besar Selangor dan bahagian pentadbiran PSSGM Selangor.

     Tempat Jamuan Makan Malam Segayong Seirama ini telah ditaja oleh YB Tuan Mohd Najwan Halim, manakala Encik Eszraq Zakaria menaja jamuan yang disajikan tema sajian ialah ala kampung. Majlis ini diserikan dengan persembahan silat, puisi Anak Gayong, nyanyian lagu klasik, dan persembahan teater. Turut hadir bagi mengawal dan memantau keselamatan majlis adalah pegawai polis dari IPD dan IPK Negeri Selangor. Makan Malam Segayong Seirama melabuhkan tirai pada jam 11 malam.

 


PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY

Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email

pssgm@gayong.com.my.

 

Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian

 

Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web

**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**