Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

19 Nov 2018

     Lembaga Waris Amanah telah mengadakan mesyuarat kali ke 4 pada 10 Nov 2018. Beberapa  isu  semasa  pengurusan  Silat  SeniGayong Malaysia telah menjadi tumpuan perbincangan. Antaranya telah menyentuh perkara-perkara berikut:

 

v    Semua ahli diingatkan akan fungsi ahli Lembaga Watis Amanah. Sandang  yang dipakai oleh setiap ahli adalah yang tertinggi dalam lanskap struktur adat Silat Seni Gayong Malaysia. Ini bermakna pemegang sandang tidak layak  untuk memegang mana-mana jawatan dalam badan Lembaga Beradat, Majlis Gurulatih mahupun Pentadbiran kecuali sebagai Penasihat(ex-officio)

 

v    Kini terdapat kekeliruan mengenai fungsi Badan Beradat, Majlis Gurulatih dan Pentadbiran. Dengan demikian perlu diadakan seminar penerangan mengenai fungsi, peranan dan bidang kuasa badan-badan ini kepada pengurus-pengurus badan ini dengansegera.

 

v    Badan-badan Beradat Negeri digesa supaya melaksanakan aktiviti bagi menentukan pemegang jawatan dan sandang jelas akan peranan masing- masing. Setakat ini Buku Panduan Adat telah disediakan sebagai rujukanasas. Namun begitu sebuah surat pekeliling adat sedang disediakan dalam masa terdekat bagi memperincikan tugas-tugas pemegang jawatanadat.

 

v    Dimaklumkan bahawa Gayong Australia Federation akan mengadakan majlis penyampaian sandangnya pada 9 Disember 2019. Cikgu Ishak Hassan akan mengetuai delegasi rombongan untuk menyempurnakan majlis tersebut. Majlis ini akan didahului dengan acara menandatangan MoU di antara PSSGM dengan GAF. Semua ahli rombongan membiayai pengangkutan, makan dan penginapan masing-masing kecuali Hajah Siti Fadhilah Dato’' MeoAbdul Rahman.

 

v    Dimaklumkan bahawa lantikan Imam Khalifah Negeri adalah dalam kalangan Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri masing-masing. Tujuan dasar ini adalah untuk memudahkan pengurusan PSSGM negeri mendapat bantuan dan sokongan kemudahan (tenaga, lojistik dan kewangan) bantuan pihak berkenaan.

 

v    Sekiranya jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri bertukar tangan maka pegawai baru akan disandang. Oleh keranan sandang Imam Khalifah Negeri adalah sandang berjawatan, maka Menteri Besar atau Ketua Menteri yang akan disandangkan hendaklah terlebih dahuludiperlimau. Pihak pengurusan adat negeri boleh membenarkan bekas Menteri Besar atau Ketua Menteri memakai sandangnya tetapi tidak membawa kuasa sandang berkenaan atau menggantikan sandang tersebut dengan sandang kehormat Mahkota Agong Seri Bintang  Pelangi

 

v    Ahli Lembaga Waris Amanah PSSGM dikekalkan jika berlaku gabungan di antara PSSGM dengan PSSGMK. Rasionalnya ialah Ahli Lembaga Waris Amanah PSSGM adalah yang ditunjuk dan dilantik (disandangkan) oleh Waris Mutlak Gayong Malaysia, manakala yang lainnya tidak melalui proses berkenaan dan dalam masa yang sama bilangan ahli sandang tersebut telahpun mencukupi (kecualisatu).

 

 


PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY

Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email

pssgm@gayong.com.my.

 

Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian

 

Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web

**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**