Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

17 April 2017

          PSSGM Selangor telah menganjurkan Majlis Pelancaran Tabung Kecemerlangan PSSGM Selangor sempena Majlis Segayong Seirama di Dewan Banquet Siti Catering di Bukit Beruntung, Selangor semalam. Seramai 300 orang telah memeriahkan majlis tersebut dengan kehadiran Dato’ Sharizan bin Shaari bagi mewakili Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Haji Noh bin Omar. Beliau selaku Pegawai Khas kepada Tan Sri Noh Omar telah berbesar hati merasmikan Tabung Kecemerlangan PSSGM Selangor dan melancarkan Gerakan PSSGM Selangor serta menyampaikan penghargaan kepada penyumbang.

          Sebelum itu, YDP PSSGM Selangor iaitu YB Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom telah berucap sudah tiba masanya semua anak Gayong yang mewarisi ilmu persilatan dari Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bercantum semula demi persaudaraan Gayong. Hadir bersama dalam majlis tersebut adalah YDP PSSGM Pusat iaitu YB Dato’ Mohd Hanif bin Haji Koslan yang berucap selepas itu berkata pintu toleransi sentiasa terbuka kepada mereka yang ingin berpatah balik untuk bersama-sama bernaung di bawah paying PSSGM yang asal. Meskipun Dato’ Meor Abdul Rahman telah tiada namun waris zuriat Mahaguru Silat Seni Gayong , Dato’ Hajah Siti Fadzilah dan anak-anaknya masih ada untuk menyambung perjuangan Dato’ Mahaguru. Malah Cikgu Sazali Sallah@ Dato’ Meor Abdul Rahman yang setia telah hadir bersama kembali untuk berjuang dalam penyatuan Gayong. Majlis berakhir dengan sesi foto gambar di kalangan para hadirin.

 

 

 

 

 

 

 


PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY

Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email

pssgm@gayong.com.my.

 

Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian

 

Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web

**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**