31 Jan 2017
Dengan segala hormatnya Lembaga Beradat Kebangsaan telah ditubuhkan semula pada 24 September 2016. Berikutan dengan ini, Dato’ Paduka Hajah Siti Fadhillah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Mutlak Gayong Malaysia telah berkenan dengan senarai Jawatankuasa Lembaga Beradat Kebangsaan yang dicadangkan oleh Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan (LBK) pada 1 Oktober 2016. Langkah seterusnya LBK sedang berusaha untuk menentukan supaya Gayong Malaysia Cawangan setiap negeri pula membentuk Lembaga Beradat Negeri (LBN) masing-masing. Langkh pertama yang perlu diambil ialah untuk menamakan Pengerusi LBN. Majlis penyampaian watikah kepada Pengerusi LBN yang masih belum menerima watikah akan diadakan pada 4 Mac 2017. Bagi menghidupkan lembaga beradat negeri maka aktiviti berikut hendaklah dianjurkan cawangan negeri:
i. Anugerah sandang
ii. Tahlil sempena meninggal dunia Allahyaryam Dato’ Meor/gurulatih kanan
iii. Korban Dato’ Meor/gurulatih kanan sempena Hari Raya Aidil Adha
iv. Perlimau Tapak/Seni
v. Mandi minyak
PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY
Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email
pssgm@gayong.com.my.
Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian
Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web
**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**