Pengumuman Terkini
   
Tarikh:
18 Oktober 2009
Tajuk:

MAJLIS PENYAMPAIAN SANDANG SILAT SENI GAYONG MALAYSIA NEGERI SELANGOR

 

   Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Majlis telah mengadakan mesyuarat penyelarasan tindakan di peringkat pengurusannya pada 18 Oktober 2009 jam 2.30 petang di Kuala Lumpur International Hotel. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Khalifah-khalifah Besar dan juga beberapa orang ahli Lembaga Beradat Negeri Selangor. Turut dibincangkan di mesyuarat ini ialah atur cara pentadbiran berkaitan dengan tertib peserta menerima sandang dan acara sambutan tetamu utama. Seramai 313 orang penerima sandang berjawatan dan sandang kehormat kali ini.

   Majlis juga kali ini menyaksikan penyampaian bengkung Pelangi Hitam Cula VI dan pelantikan sandang gelaran Panglima Hitam Penyandang gelaran Panglima Hitam ini disampaikan kepada pesilat yang dikenalpasti mempunyai pengetahuan tertinggi dalam pelajaran silat di sesebuah negeri. Beliau bertanggungjawab untuk menjaga keaslian pelajaran silat sepertimana asalnya. Gelaran yang pernah di sandang oleh Encik Kahar Reza kini akan diserahkan kepada Encik Nor Azman Abdul Aziz.

 
Tarikh:
15 Jun 2009
Tajuk:

GAYONG SELANGOR BERSEDIA MENGHADAPI KEJOHANAN SMD 09

 

   Gayong Selangor telah menganjurkan pertandingan pemilihan pasukan negeri pada 12 Jun 2009 di Kompleks Muhibah Taman Nirwana, Ampang. Sebanyak 11 buah pasukan telah bertanding pada hari tersebut. Setiausaha PSSGM Selangor menyatakan bahawa pertandingan pada hari berkenaan adalah merupakan langkah awal untuk mengenalpasti pasukan yang dipilih untuk menyertai kejohanan kebangsaan yang akan diadakan pada 25 - 28 Jun 2009 di Alor Setar, Kedah. Pasukan yang berjaya dipilih akan dipanggil untuk menyertai latihan pusat sebagai persediaan fasa ke dua.

   Strategi disusun agar kesemua 16 acara akan dapat disertai oleh 5 orang pesilat lelaki dan 5 orang pesilat wanita dengan menjanjikan pingat bagi setiap acara.

 
Tarikh:
20 Mac 2009
Tajuk:

MAJLIS KHATAM KERIS

PSSGM Selangor dan Melaka menganjur bersama

 

   Persetujuan telah dicapai di antara Gayong Malaysia negeri Selangor dan negeri Melaka akan menganjurkan Majlis Khatam Keris pada tahun ini. Majlis akan diadakan pada 18-19 April 2009 di Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak Melaka. Urus setia memaklumkan bahawa pendaftaran ialah pada 18 April 2009 jam 8.00 pagi – 2.00 petang di Chelet Deruan Ombak. Penginapan di khemah yang disediakan oleh peserta sendiri.

   Bayaran di kenakan pada kadar RM 100.00 seorang. Peserta diperlukan untuk membawa khemah, pakaian silat, peralatan mandi dan sebilah pisau (untuk penyembelihan dan memasak).

 
Tarikh:
23 Disember 2008
Tajuk:

ANAK GAYONG BERTEATER

 

   Selama 3 malam anak-anak Gayong Malaysia telah bersama-sama menjayakan teater Dendam Tanjong Puri karya dan arahan oleh Amiza. Teater ini adalah anjuran Persatuan Anak Seni Warisan (ASWA) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor, Majlis Bandar raya Petaling Jaya, Majlis Teater Selangor, Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad, Istana Budaya dan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (Gelanggang Harimau Berlian).

   Cikgu Jaafar Jamaluddin adalah merupakan jurulatih kanan PSSGM Selangor yang menerajui penglibatan anak-anak Gayong sebagai artis-artis sokongan bagi aksi silat tempur dan dalam masa yang sama melatih artis-artis teater menguasai aksi silat bagi menghidupkan babak-babak tempur khususnya dalam kalangan pemegang watak-watak utama. Dengan penglibatan anak-anak Gayong, maka aksi silat kelihatan amat realistik, apatah lagi dengan bunyi dentingan dan percikan bunga api apabila parang-parang berlaga…..!

   Persembahan teater ini telah diadakan selama 3 malam (17 – 19 Disember 2008) di Dewan Sivik MPPJ. YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom, Yang Dipertua PSSGM Selangor telah hadir menyaksikan persembahan pada malam pembukaan, 17 Disember 2008. Tuan Haji Mohd. Anuar Haji Abdul Hamid, Setiausaha Agong PSSGM Kebangsaan menyaksikan persembahan teater ini pada 19 Disember 2008.

 
Tarikh:
6 Disember 2008
Tajuk:

PENCAPAIAN SATU PINGAT EMAS MELETAKKAN SELANGOR DI TEMPAT KE EMPAT

 

   SMD 2008 telah berlalu dan mengukir seribu kenangan, kepuasaan dan keazaman. Pasukan negeri Selangor mendapat tempat ke empat kerana tidak berjaya menukar warna salah sebuah pingat perak kepada warna emas. Jika itu dapat dilakukan dalam kejohanan yang lalu, tentu Selangor menjadi juara. Walaupun begitu syabas dan tahniah ke atas persembahan yang baik oleh para atlit, bimbingan yang baik oleh Cikgu Jaafar dan Cikgu Jaswan dan sokongan yang jitu oleh YDP PSSGM Selangor YBhg. Dato’ Hj. Zainal Abidin Hj. Sakom.

   

 
Tarikh:
24 November 2008
Tajuk:

PASUKAN GAYONG SELANGOR BERSEDIA MENYERTAI KEJOHANAN SMD 2008

 

   Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom, Yang Dipertua PSSGM Selangor telah menyampaikan bendera negeri Selangor kepada pengurus pasukan Tuan Haji Jaafar Jamaludin pada 23 November 2008 di Gelanggang Taman Nirawana. Bersama Cikgu Jaafar ketika menerima bendera ialah jurulatih pasukan Encik Jaswan Kahar 10 orang anggota pasukan. Juga di majlis ini dihadiri oleh Tuan Haji Mohd. Anuar bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Yang Dipertua PSSGM Selangor, Encik Hamzah Tajuddin Bendahari PSSGM Selangor, Encik Kahar Reza Pengerusi Majlis Gurulatih PSSGM Selangor dan Encik Syarizal Maizan Setiausaha Majlis Gurulatih PSSGM Selangor.

   YBhg. Dato’ berpesan supaya semua atlet harus memberi tumpuan ketika bertanding dalam acara masing-masing. Untuk mempersembahkan yang terbaik dalam sesuatu pertandingan, para atlit diingatkan supaya elak dari memandang rendah kepada pasukan lawan. Pasukan negeri Selangor akan bergerak ke Pulau Pinang pada 26 November 2008. YBhg. Dato’ bersetuju untuk memberi sumbangan peruntukan kepada pasukan sebagai menampung perbelanjaan para atlet dan pegawai pasukan.

 
Tarikh:
25 Oktober 2008
Tajuk:

MAJLIS GURULATIH GAYONG SELANGOR 2008-2010 DIBENTUK

 

   Cikgu Kahar Redza dilantik sebagai Pengerusi Majlis Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Selangor bagi penggal 2008 – 2010. Dengan pelantikan ini, Cikgu Kahar telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 25 Oktober 2008 pada 9.00 malam di Gelanggang Taman Nirwana. Saudara Cikgu Nor Azman Abdul Aziz telah ditunjuk sebagai Timbalan Pengerusi, manakala Syarizal Dato’ Maizan telah ditunjuk sebagai Setiausaha dan Saudara Salehudin Ibrahim sebagai Bendahari.

   Cikgu Kahar merancang untuk menentukan program pembangunan gurulatih dilihat secara keseluruhan bukan secara piece meal. Ini bermakna program pembangunan akan melibatkan kumpulan gurulatih) pemegang bengkung Pelangi Merah (Gurulatih Muda), Pelangi Kuning dan Pelangi Hitam.

   Kata Cikgu Kahar lagi aktiviti yang terhampir dalam tindakan Majlis Gurulatih ialah penyampaian bengkung Pelangi Hitam kepada 20 orang gurulatih kanan dan tamat latihan keris pesilat-pesilat PSSGM Selangor pada 15 November 2008. Majlis ini akan dianjurkan di Dewan Orang Ramai Taman Nirwana pada jam 9.00 malam.

 
Tarikh:
13 Oktober 2008
Tajuk:

JEMPUTAN HARI RAYA

 

   Majlis Gurulatih Selangor akan menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 18 Oktober 2008 jam 9.00 malam di Gelanggang Taman Nirwana. Makluman jemputan sedang diedarkan oleh Ibu Pejabat Gayong Selangor. Semua AJK Gayong Selangor, Lembaga Adat Selangor, Gurulatih Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khalifah Besar Selangor dan Lembaga Pengarah SERAGAM dijemput hadir.

  

 
Tarikh:
29 Sept. 2008
Tajuk:

PERSEDIAAN MENYERTAI SMD 2008

 

   Gayong Selangor akan mengadakan pertandingan pemilihan pesilat untuk membentuk pasukan bagi menyertai Kejohanan Kebangsaan SMD 2008. Pemikiran awal memperlihatkan kemungkinan pertandingan di peringkat negeri Selangor ini akan diadakan di Kompleks Muhibah Taman Nirwana pada 26-27 Okt. 2008. Walaupun begitu pihak pengurusan Gayong Selangor masih belum mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan pertandingan bagi membuat keputusan.

  

 
Tarikh:
20 Sept. 2008
Tajuk:

Khalifah Besar PSSGM Selangor Bersidang Lagi

 

   Tuan Haji Ibrahim Haji Mohd Yatim telah mempengerusikan persidangan yang diadakan di Kuala Lumpur International Hotel. Haji Ibrahim menegaskan bahawa segala ketetapan yang diambil dalam persidangan ini perlu dibawa kepada mesyuarat pentadbiran PSSGM Selangor untuk mendapat sokongan dan dijadikan arahan pentadbiran yang sah.

   Encik Syarizal Maizan dilantik sebagai penulis kepada buku Panduan Adat Istiadat PSSGM Selangor. Buku yang diterbitkan akan menggabungkan maklumat-maklumat adat-istiadat, gurulatih dan pentadbiran Gayong Malaysia (Selangor). Sidang pengarang akan dilantik untuk tujuan ini.

 
>> Klik untuk berita penuh
 
 
   
 
Tarikh:
16 Sept. 2008
Tajuk:

PERSIDANGAN 3/2008 KHALIFAH BESAR SELANGOR

 

   Khalifah Besar Selangor akan bersidang pada 20 Sept. 2008 di Hotel International Kuala Lumpur. Persidangan kali ini lebih memberi tumpuan kepada pemantauan persiapan penganjuran Majlis Penyampaian Sandang, Pertemuan Wakil-wakil Mandi Tapak/Seni dan isu-isu pengurusan Majlis Gurulatih dan Lembaga Adat negeri Selangor. Selain dari 4 orang Khalifah Besar dan 2 orang wakil pentadbiran PSSGM, Lembaga Adat dan Majlis Gurulatih, 2 orang wakil setiap PSSGM Daerah juga dijemput hadir ke persidangan ini.

   
 
Tarikh:
12 Sept. 2008
Tajuk:

MAJLIS PENYAMPAIAN SANDANG GAYONG SELANGOR

 

   Gayong Selangor dijangka akan mengadakan majlis penyampaian sandang pada bulan Februari 2009 mengikut maklumat yang diterima dari Lembaga Adat PSSGM Selangor.  Urus setia di peringkat pengurusan Lembaga Adat kini sedang membuat perancangan awal bagi mendapat   bmendapat maklumat status pemegang sandang yang sedia ada dan juga gurulatih-gurulatih baru yang dicadangkan untuk menerima sandang.  Dimaklumkan sandang kehormat pun akan disampaikan kepada penasihat-penasihat gelanggang kali ini.

   
 
Tarikh:
4 Sept. 2008
Tajuk:

PERSIDANGAN KHALIFAH BESAR SELANGOR

 

   Khalifah Besar PSSGM Selangor telah bersidang pada 31 Mei 2008 di Hotel Kuala Lumpur International pada 31 Mei 2008. Persidangan Khalifah dianjurkan dengan bertujuan untuk mendapat laporan secara menyeluruh pelaksanaan Gayong Malaysia di Selangor. Dalam masa yang sama juga merupakan platform bagi Khalfiah-Khalifah Besar untuk memutuskan dasar berhubung dengan konflik dan isu yang timbul dari semasa ke semasa dalam hal-hal pengurusan Pertubuhan, Lembaga Adat dan Majlis Gurulatih.

   
>> Klik untuk berita penuh
 
 
Tarikh:
3 Sept. 2008
Tajuk:

LATIHAN BENGKUNG HITAM

 

   Gelanggang Taman Nirwana menawarkan latihan pelajaran Bengkung Hitam kepada semua gurulatih Selangor. Antara pelajaran yang disampaikan termasuklah permainan Cindai. Cikgu Nor Azman Abdul Aziz dilantik sebagai gurulatih yang mengendalikan latihan. Latihan dianjurkan pada setiap hari Sabtu malam. Dijadualkan latihan pelajaran ini tamat pada bulan Disember 2008.

   Gelanggang Taman Nirwana juga dalam masa yang sama mengendalikan latihan keris. Seramai hampir 50 orang pesilat mengikuti latihan ini. Pelatih-pelatih yang mengikuti latihan tersebut akan menyertai upacara Khatam Keris Kebangsaan yang dirancang akan diadakan di Pengkalan Balak, Melaka pada minggu pertama bulan Disember 2008
 
Pautan