DIJEMPUT SEMUA AHLI PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA DAN AHLI-AHLI SENI BELADIRI YANG LAIN UNTUK MENGHADIRI PROGRAM WACANA INI YANG JULUNGKALI DIADAKAN.
KEHADIRAN ANDA SEMUA DIALU-ALUKAN.
27hb November 2017
Bermula pada 1 Januari 2018, semua ahli dan gurulatih hendaklah menghantar semua borang keahlian tahunan (ahli baru & lama) terus kepada pihak Pusat bersama dengan yuran agihan hak Pusat. Yuran agihan Negeri dan Daerah hendaklah dimasukkan dalam akaun bank Negeri dan Daerah oleh gurulatih sendiri. Nombor dan kad ahli pertubuhan akan dikeluarkan oleh pihak Pusat dan dihantar terus kepada gurulatih.
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 17hb September 2017 telah memutuskan agar kaedah ini dilaksanakan pada tahun 2018 memandangkan banyak cawangan Daerah dan Negeri meminta pembahagian yuran hak dibuat secara terus dan segera. Justeru langkah berikut hendaklah dipatuhi :
Langkah 1 : Gurulatih menghantar borang keahlian tahunan dan yuran tahunan hak
Pusat terus kepada Pusat (RM5 bagi ahli baru, RM2.50 bagi ahli lama)
Yuran hendaklah dimasukkan ke dalam akaun bank Pusat. Slip deposit/internet transfer dan borang-borang ahli hendaklah dipos kepada Setiausaha Agung di Pejabat Urusan. Salinan slip deposit/internet transfer hendaklah disimpan untuk rekod sendiri.
· >Digalakkan menyimpan salinan borang-borang ahli secara fotokopi atau scan PDF file.>
Langkah 2 : Gurulatih mendeposit terus yuran tahunan hak Negeri dan Daerah ke dalam akaun bank
seperti berikut :
a. Yuran hak Negeri (RM2.50 bagi ahli baru, RM1.25 bagi ahli lama)
b. Yuran hak Daerah (RM2.50 bagi ahli baru, RM 1.25 bagi ahli lama)
Sila rujuk kepada pihak Negeri dan Daerah untuk nombor akaun bank berkaitan. Salinan slip deposit/internet transfer hendaklah disimpan untuk rekod.
· Dinasihatkan tidak mendeposit ke dalam akaun peribadi untuk keselamatan. Pembayaran secara tunai terus kepada pihak Negeri dan Daerah dibolehkan sekiranya tidak mengambil masa yang panjang.>
Langkah 3 : Gurulatih menerima kad keahlian pertubuhan dari Setiausaha Agung melalui pos.
PERHATIAN
Semua ahli dikehendaki menggunakan borang keahlian pertubuhan yang sah untuk urusan pendaftaran ahli. Ianya boleh didapati di menu MUAT TURUN BORANG dalam laman web www.gayong.com.my . Borang yang tidak sah boleh ditolak oleh pihak Pusat. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha atau Bendahari Agung.
29hb Mei 2017
Dimaklumkan bahawa aktiviti penyampaian sandang hendaklah dikawal dengan berpandukan kepada Buku Peraturan Adat Istiadat (2016) yang telah diterbitkan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan. Buku tersebut jelas menerangkan akan jenis sandang, kelayakan penerima dan fungsi pemegang sandang.
Penerima sandang sebaiknya menerima set lengkap bagi menjaga sandang, maklumat fungsi sandang (buku), sijil anugerah dan kotak sandang selain dari sandang yang dianugerah. Item-item ini membabitkan pembayaran seperti berikut:
Item RM
i. >Sandang 80.00>
ii. >Sijil 20.00>
iii. >Kotak 7.00>
iv. >Buku Panduan 15.00>
Penyampai sandang ditetapkan seperti berikut:
A. >Sandang Berjawatan>
i. >Sandang Kipas Emas dan keatas>
Disampaikan oleh Waris Mutlak atau wakilnya dalam kalangan Ahli Lembaga Waris Amanah
ii. >Sandang Ketua Beradat dan keatas>
Disampaikan oleh Ahli Lembaga Waris Amanah
iii. >Lain-lain sandang>
Disampaikan oleh pemegang sandang Khalifah Besar dan keatas peringkat negeri masing-masing
B Sandang Kehormat
i. >Pemimpin negeri dan lain-lain pegawai kanan kerajaan pusat>
Disampaikan oleh Waris Mutlak atau wakilnya dalam kalangan Ahli Lembaga Waris Amanah
ii. >Lain-lain penerima peringkat negeri>
Disampaikan oleh pemegang sandang Khalifah Besar dan keatas peringkat negeri masing-masing
Majlis penyampaian sandang boleh dikendalikan pada peringkat daerah mahupun negeri. Namun begitu, penyampai sandang hendaklah sepertimana yang dinyatakan diatas. Penerima sandang hendaklah dipastikan berpandukan kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan. Lembaga Beradat Negeri adalah sepenuhnya bertanggungjawab kepada urusan ini.
15 Mei 2017
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pertubuhan ini yang pernah berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan di atas no pendaftaran APS 0149/98 telah dibatalkan pendaftarannya oleh pejabat ini sejak 22 April 2013. Sehubungan itu, pertubuhan ini telah didaftarkan semula di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan no pendaftaran PPM-010-04-09042013. Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Haniff bin Haji Koslan merupakan Yang Di Pertua pertubuhan ini yang telah dilantik sebulat suara dalam mesyuarat agung tahunan pertubuhan pada 29hb Oktober 2016.
Namun terdapat beberapa pihak tertentu yang telah menggunakan pendaftaran pertubuhan yang lama iaitu APS 0149/98 dengan tujuan aktiviti tersendiri dan membuat kutipan kewangan secara tidak sah. Pihak ini telah mengelirukan orang awam mahupun agensi kerajaan dalam konteks pendaftaran pertubuhan ini dan logo pertubuhan yang sama bagi mengesahkan perjalanan aktiviti mereka dan kutipan kewangan.
Oleh yang demikian, pihak Pertubuhan ini meminta kerjasama orangramai agar melaporkan perkara ini kepada pihak polis. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila rujuk kepada Setiausaha Agong PSSGM, Puan Mariam binti Bujang (012-687 7091).
Halaman 3ari 5
PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY
Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email
pssgm@gayong.com.my
Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian
Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web
**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**