( Berpandukan kepada pindaan perlembagaan yang diluluskan pada 31.12.2019 )
• >Dasar gabungan diantara Gelanggang , Cawangan , Bahagian Negeri dan seterusnya Kebangsaan adalah melalui pendaftaran keahlian .>
• >Perengkat Kebangsaan , perengkat pusat atau perengkat induk adalah mempunyai maksud yang sama . >
(a) >Ahli Biasa - Ahli yang berumur 18 tahun dan ke atas . Ahli ini boleh mengundi dan memegang jawatan didalam pertubuhan jika dilantik.>
(b) >Ahli Bersekutu - Ahli yang berumur kurang dari 18 tahun . Ahli ini tidak>
boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan .
(c) >Ahli Terus - Ahli yang diterima terus di perengkat Kebangsaan . Ahli ini tidak boleh memegang jawatan atas nama cawangan atau Bahagian Negeri serta Kebangsaan tetapi boleh menyertai aktiviti boleh menyertai aktiviti aktiviti kegurulatihan atau adat istiadat .>
(d) >Ahli Gabungan - Ahli ahli dari pusat latihan PSSGM luar negara . Mereka tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan tetapi boleh menyertai aktiviti aktiviti kegurulatihan atau adat istiadat . >
(e) >Ahli Seumur Hidup - Ahli ini adalah dikalangan ahli dari mana mana kategori a, c atau d yang membayar dan diterima kadar yuran yang telah ditetapkan .>
• >Apabila permintaan seseorang untuk menjadi ahli telah diluluskan maka yuran tersebut akan dibahagikan seperti berikut :>
(a) >Ahli Baru sebanyak RM 20.00>
* >50% untuk simpanan Pertubuhan Kebangsaan.>
* >25% untuk simpanan Bahagian Negeri>
* >25% untuk sismpanan Cawangan Daerah>
(b) >Ahli Lama sebanyak RM 10.00>
* >50% untuk simpanan Pertubuhan Kebangsaan.>
* >25% untuk simpanan Bahagian Negeri>
* >25% untuk sismpanan Cawangan Daerah>
(c) >Ahli Seumur Hidup sebanyak RM 200.00>
* >50% untuk simpanan Pertubuhan Kebangsaan.>
* >25% untuk simpanan Bahagian Negeri>
* >25% untuk sismpanan Cawangan Daerah>
(d) >Ahli Terus sebanyak RM 20.00 ( tanpa cawangan )>
(d)Ahli Terus sebanyak RM 20.00 ( Cawangan Terus )
* >75% untuk simpanan Kebangsaan>
* >25% untuk simpanan Cawangan Terus.>
• >Yuran Ahli Terus adalah sebanyak RM 20.00 pada setiap tahun .>
• >Bahagian Negeri atau Cawangan tidak ada hak pembahagian jika pendaftaran itu terus ke ibupejabat . Manakala Ahli tersebut pula hilang kelayakan sebagai ahli Cawangan atau Bahagian negeri . ( Mereka menjadi ahli Terus )>
• >Ahli tersebut boleh memohon untuk terlibat didalam Cawangan Cawangan seterusnya Bahagian negeri , tetapi tidak layak untuk memegang sebarang jawatan>
• >Untuk Pendaftaran keahlian seharusnya mengikut :>
FASAL 4 KEAHLIAN
Perkara (4) Permintaan menjadi ahli hendaklah di buat dengan mengisi borang yang ditentukan oleh Pertubuhan dan menyampaikan kepada Setiausaha Pertubuhan Cawangan . Setiausaha Pertubuhan Cawangan akan menyampaikan permintaan itu kepada Setiausaha Pertubuhan Bahagian Negeri yang kemudiannya menyampaikan kepada Setiausaha Agung melainkan permohonan yang mengikut Peraturan 4 No. 5 untuk diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung. Majlis Jawatankuasa Agung boleh jika di fikirkan patut, menolak sebarang permintaan menjadi ahli dengan tidak perlu memberi alasannya.
• >Semua Gelanggang dan Gurulatih dikehendaki menghantar borang pendaftaran keahlian melalui cawangan masing masing . >
• >Setiausaha Gelanggang atau Gurulatih perlu menulis nama nama ahli yang didaftarkan di dalam excel menggunakan format yang diberikan terlebih dahulu seterusnya menghantar kepada Cawangan melalui email berserta dengan slip bayaran yuran yang telah masukkan ke dalam akaun bank Cawangan . >
• >Setiausaha Cawangan perlu menghantar borang pendaftaran ahli dalam format pdf (imbasan dengan menggunakan pengimbas pencetak) / 'scanning method' dan menghantarnya kepada bahagian negeri melalui email berserta denganslip bayaran yuran yang telah masukkan ke dalam akaun bank Bahagian Negeri .>
• >Setiausaha Bahagian Negeri perlu menyemak dan seterusnya menghantar >
borang keahlian yang telah di Scan , borang excel dan slip bayaran yuran kepada Setiausaha Agong ( Pejabat Urusan )
Gelanggang / Gurulatih à Setiausaha Cawangan à
Setiausaha Bahagian Negeri à SUA ( Pejabat Urusan ) melalui email berserta bayaran.
• >Ini bermakna borang keahlian asal akan disimpan oleh pihak Cawangan >
• >Jika Cawangan menghantar borang keahlian terus ke induk akan dianggap sebagai AHLI CAWANGAN TERUS . >
• >Jikalau terdapat pihak yang menghantar borang keahlian terus ke induk akan dianggap sebagai AHLI TERUS GABUNGAN . >
• >Apabila borang asal di terima oleh SUA melalui email bersama senarai nama didalam excel , kad kad keahlian akan dicetak seterusnya dihantar kepada Setiausaha Bahagian Negeri untuk diedarkan kepada Cawangan Cawangan . >
• >Adalah diminta semua setiausaha cawangan Bahagian Negeri dan Cawangan Daerah memastikan mempunyai salinan borang keahlian yang baru bagi diedarkan kepada ahli ahli Pertubuhan . Sila lihat laman web Pertubuhan untuk mendapatkan borang keahlian biasa dan borang keahlian Seumur Hidup . >
• >Sebarang permohonan keahlian Gayong Malaysia Hidup hendaklah memastikan mendapat sokongan daripada pihak YDP Negeri /Jawatankuasa Negeri / YDP Induk / Ahli Majlis Jawatankuasa Agung . Sekiranya tidak lengkap permohonan tidak akan diproses.>
• >Walau bagaimana pun adalah diingatkan kepada semua Gelanggang dan Gurulatih, pendaftaran keahlian yang sah hanyalah diperengkat Kebangsaan , mengikut perlembagaan pertubuhan : >
FASAL 4 KEAHLIAN , Perkara (6)
Ahli Pertubuhan yang SAH adalah ahli yang telah diluluskan pendaftaranya di perengkat PUSAT
• >Yuran tahunan hendaklah dijelaskan tidak lewat dari 31 Mac pada setiap tahun. Walau bagaimana pun pendaftaran keahlian baru akan dibuat sepanjang tahun .>
• >Gurulatih yang bertanggungjawab mengajar haruslah seorang ahli PSSGM dan mempunyai Sijil Gurulatih yang disahkan di perengkat Kebangsaan .>
• >Sijil Gurulatih boleh didapati degan bayaran RM 25.00 seorang setahun melalui sokongan Majlis Gurulatih Bahagian negeri atau sekurang kurang Pengerusi Cawangan. Permohonan sijil Gurulatih harus disertakan dengan Salinan Sijil Bengkong terkini . Gurulatih harus mengikuti seminar atau kursus Gurulatih terkini yang dianjurkan oleh PSSGM Negeri atau PSSGM Kebangsaan . Borang permohonan Sijil Gurulatih yang tidak lengkap tidak akan diproses .>
• >Gurulatih / Pembantu Gurulatih yang telah memohon mendapat Sijil Gurulatih / Pembantu Gurulatih pada tahun 2020 tidak perlu memohon Sijil bagi tahun 2021 kerana pihak Induk akan dikeluarkan surat pengesahan guna pakai sijil berkenaan hingga 31.12.2021 tanpa sebarang bayaran . >
• >Hanya permohonan Sijil Gurulatih / Pembantu Gurulatih yang tidak bermohon pada tahun 2020 yang lalu atau penukaran status Pembantu Gurulatih kepada Gurulatih sahaja yang perlu memohon dengan bayaran mengikut harga sijil .>
• >Semua surat permohonan pengesahan guna pakai sijil dan permohonan sijil baru atau pertukaran status sijil hendaklah dihantar kepada Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri untuk disahkan. Semua urusan hendakalah dihantar melalui email>
• >Majlis Gurulatih Negeri hendaklah menghantar borang permohonan sijil atau surat pelanjutan Sijil kepada Setiausaha Negeri untuk pengesahan keahlian bersama slip bayaran sijil berkenaan . >
• >Setiausaha Bahagian Negeri pula hendaklah menghantar borang permohonan sijil atau surat perlanjutan sijil kepada Setiausaha Agong bagi urusan pengeluaran sijil atau surat perlanjutan Sijil Gurulatih / Pembantu Gurulatih berkenaan .>
• >Setiausaha Agong akan menghantar semua sijil asal yang telah siap melalui pos dan permohonan lanjutan sijil melalui email kepada Setiausaha Bahagian Negeri bagi diedarkan kepada Gurulatih / Pembantu Gurulatih . >
• >Adalah diingatkan kepada semua Setiausaha untuk memastikan Gurulatih yang memohon sijil gurulatih sememang mempunyai Gelanggang yang dikelolakan . >
Gurulatih/Pembantu Gurulatih à Majlis Gurulatih Negeri à
Setiausaha Bahagian Negeri à SUA ( Pejabat Urusan ) melalui email berserta bayaran.
• >Sekiranya melebihi dari 5 orang ahli yang menyertai latihan , ianya mesti mendapatkan Sijil Gelanggang yang akan dikeluarkan oleh perengkat Kebangsaan >
@ Induk yang sah mengikut tahun kelender yang ditetapkan ( atas akta Polis @ Keselamaatan dalam Negeri )
• >Semua Gelanggang yang menjalankan aktiviti Silat Seni Gayong Malaysia adalah diwajibkan mempunyai sijil gelanggang yang juga dikeluarkan oleh perengkat Kebangsaan . Sijil Gelanggang perlu dihidupkan setiap tahun dengan bayaran RM 20.00 satu gelanggang setahun dan permohonan tersebut harus bersama dengan pembayaran yuran tahunan atau yuran keahlian dari Gelanggang . Borang permohonan Sijil Gelanggang yang tidak lengkap tidak akan diproses.>
• >Gelanggang yang telah memohon mendapat Sijil Gelanggang pada tahun 2020 tidak perlu memohon Sijil bagi tahun 2021 kerana pihak Induk akan dikeluarkan surat pengesahan guna pakai sijil berkenaan hingga 31.12.2021 tanpa sebarang bayaran . Hanya permohonan Sijil Gelanggang yang baru atau belum pernah memohon sijil Gelanggang sahaja dikehendaki membuat bayaran . >
• >Gurulatih / Pembantu Gurulatih hendaklah menghantar borang permohonan sijil Gelanggang atau surat pelanjutan Sijil Gelanggang kepada Setiausaha Cawangan . Semua urusan hendakalah dihantar melalui email>
• >Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar borang permohonan sijil atau surat pelanjutan Sijil kepada Setiausaha Negeri untuk pengesahan keahlian bersama slip bayaran sijil berkenaan . >
• >Setiausaha Bahagian Negeri pula hendaklah menghantar borang permohonan sijil atau surat perlanjutan sijil kepada Setiausaha Agong bagi urusan pengeluaran sijil atau surat perlanjutan Sijil Gelanggang berkenaan .>
• >Setiausaha Agong akan menghantar semua sijil asal yang telah siap melalui pos dan permohonan lanjutan sijil melalui email kepada Setiausaha Bahagian Negeri bagi diedarkan kepada Cawangan Cawangan . >
Gurulatih/Pembantu Gurulatih à Setiausaha Cawangan à
Setiausaha Bahagian Negeri à SUA ( Pejabat Urusan ) melalui email berserta bayaran.
.
•Segala pembayaran pendaftaran keahlian dan pembayaran yuran oleh Setiausaha PSSGM Negeri , hendaklah dihantar slip bayaran melalui email dan pembayaran melalui Sistem E-Banking ke akaun Pertubuhan ,
Nama Akaun : Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
No. akaun : 562209630106
Nama Bank & : Malayan Banking Berhad
Alamat Bank Taman Melawati , 53100 Kuala Lumpur
• >Mana mana Cawangan atau Cawangan Bahagian Negeri yang tidak mengadakan mesyuarat agong tahunan melebihi dari dua tahun berturut turut , akan dihantar surat amaran dan sekiranya masih berlanjutan ke tiga tahun , Cawangan tersebut akan syurkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk dibatalkan . >
• >Semua Setiausaha PSSGM Bahagian Negeri dan Cawangan di kehendaki memastikan setiap peraturan dalam pelembagaan dipatuhi antaranya : >
FASAL 15 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN CAWANGAN
(1)Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Cawangan hendaklah di adakan tidak lewat dari bulan Mac setiap tahun.
Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurangkurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan . Sekurangkurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli cawangan yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa cawangan
Sila pastikan menghantar satu Salinan notis mesyuarat ke Setiausaha PSSGM Bahagian Negeri dan Setiausaha Agong sebelum mesyuarat diadakan bagi memastikan Cawangan berkenaan layak untuk mengadakan mesyuarat Agong (Setiap Cawangan yang sah berdaftar berhak menghantar 3 orang perwakilan dengan keahlian tahunan semasa sekurang kurang 30 orang ahli )
Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan Setiausaha Agung satu salinan minit Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat
FASAL 24 MAJLIS JAWATANKUASA PERTUBUHAN NEGERI
(4) Mesyuarat Agong Pertubuhan Negeri hendaklah diadakan dalam bulan Jun tiap tiap tahun. Tarikh, masa dan tempat mesyuarat itu akan ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Pertubuhan Negeri
Tiap tiap Pertubuhan Cawangan boleh menghantar 3 wakil dalam Mesyuarat Agung Pertubuhan Negeri.
Cukup korum mesyuarat jika wakil-wakil yang hadir, dengan tidak kira bilangannya orangnya, mewakili lebih daripada setengah dari jumlah bilangan Pertubuhan Cawangan yang ada dalam negeri itu.
Mesyuarat Agong Pertubuhan Negeri hendaklah dihadiri oleh sekurang kurang dua orang Jawatankuasa Pusat atau salah seorang Jawatankuasa kanan Pusat yang dimandatkan sebagai pemerhati bagi melapurkan dan menasihat perjalanan mesyuarat .
Setiausaha Pertubuhan Negeri akan menjalankan segala perintah daripada Yang Dipertua Negeri dan Setiausaha Agong serta juga memberi laporan segala keputusan Mesyuarat Pertubuhan Negeri dan juga laporan dari Pertubuhan Cawangan kepada Setiausaha Agong.
Setiausaha Pertubuhan Negeri hendaklah menghantar kepada tiap-tiap cawangan dan Setiausaha Agung satu salinan minit Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat.
• >Setiap perwakilan dalam mesyuarat agong mestilah merupakan ahli yang berdaftar secara sah di perengkat Kebangsaan . Sekiranya terdapat ahli yang tidak berdaftar menjadi perwakilan dalam satu satu mesyuarat agong , Mesyuarat Agong tersebut akan dianggap terbatal. Mesyuarat perlu diadakan semula . >
• >Kelayakan untuk menghantar perwakilan ke Mesyuarat Agong perengkat Kebangsaan adalah dengan menyertakan sekali slip penyata tahunan EROSESS yang terkini . >
• Setiap PSSGM Bahagian Negeri dan Cawangan Daerah yang telah mempunyai Akaun Bank dikehendaki menghantar maklumat nama Bank dan nombor akuan bank ke Pejabat Urusan setelah kelulusan pembukaan akaun untuk dikemaskini dalam laman web bagi memudahkan pembayar yuran secara online .
• Pihak Cawangan dan Bahagian Negeri adalah diingatkan agar setiap aktiviti yang dijalankan diperingkat cawangan ataupun bahagian negeri , terutama penurunan pelajaran khas atau senjata berjadual hendaklah dimaklumkan keperingkat induk @ Setiausaha Agong bagi memastikan keselamatan dan sebarang masaalah yang timbul . Ini sebagai langkah berjaga jaga jika sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku lebih lebih lagi melibatkan perasmian program bersama orang orang kenamaan . ( Ahli Parlimen , Wakil wakil Rakyat dan yang setara denganya, Yang Dipertua dan Ahli Majlis Jawatankuasa Agong atau Ahli Lembaga Waris )
• >Perlantikan Jawatankuasa diperingkat cawangan ataupun Bahagian Negeri hendaklah mengikut perlembagaan pertubuhan dengan memastikan jumlah jawatankuasa yang dilantik mencukupi jumlah yang dinyatakan . >
• >Minit mesyuarat agong tiap cawangan atau bahagian negeri hendaklah dihantar ke Setiausaha Agong satu salinan bagi memudahkan pengesahan dalam urusan sistem erosess.>
• >Perkara-perkara penting dalam mengkemaskini dalam sistem eroses adalah , >
- >tarikh mesyuarat >
- >masa mesyuarat >
- >tempat mesyuarat >
- >bilangan kehadiran >
- >bilangan keahlian keseluruhan cawangan / bahagian negeri bagi tahun penyata.>
- >Penyata kewangan >
- >Biodata Ahli Jawatankuasa yang lengkap ( No ic , alamat tinggal , nama dan alamat majikan , no telefon , alamat email )>
• >Pengurusan Gayong Malaysia melibatkan 3 badan pengurusan iaitu pentadbiran pertubuhan , Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih . >
• >Namun begitu badan pentadbiran pertubuhan lebih diutamakan dan merupakan peneraju yang mengendalikan hal hal pengembangan dan pembangunan silat ini terutama jika melibatkan urusan dengan agensi agensi luar . >
• >Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan yang berdaftar dan bertanggungjawab atas segala kegiatan yang dijalankan .>
• >Pentadbiran Pertubuhan adalah sumber rasmi segala maklumat yang dikeluarkan dan juga sumber pertama yang sepatutunya menerima maklumat untuk sebaran dalaman.>
• >Dengan ini mana mana pihak harus merujuk ke Pentadbiran Pertubuhan terlebih dahulu untuk sebarang maklumat untuk dapat pengesahan atau kesahihan .>
• >Mana mana pihak boleh mengabaikan sebarang arahan yang dikeluarkan tanpa pengesahan dari badan pentadbir .>
• >Dengan status ini , maka badan badan lain Lembaga Adat Istidat dan Majlis Gurulatih tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atau menghubungi pihak luar atas nama pertubuhan .Sebarang perhubungan hanyalah bertujuan untuk sebaran maklumat dalaman sahaja .>
• >Penggunaan kepala surat – letter head untuk hubungan luar hanyalah terhad kepada pemegang pemegang jawatan utama dalam Pertubuhan Cawangan atau Bahagian Negeri atau Kebangsaan sahaja .>
• >Kepala surat ini perlu menyatakan perengkat pentadbiran masing masing sama ada Pertubuhan Cawangan , Bahagian Negeri ataupun Kebangsaan .>
• >Hanya badan badan yang berdaftar sahaja dibenarkan mengeluarkan surat rasmi kepada pihak luar .>
• >Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih adalah badan yang ditubuhkan secara dalaman dan badan badan ini adalah badan badan yang tidak berdaftar.>
• >Surat atas nama Lembaga Adat Istiadat atau Majlis Gurulatih tidak boleh dikeluarkan untuk maksud hubungan luar . >
• >Walau bagaimana pun surat surat oleh badan ini hanya untuk edaran dalaman seperti kepada gurulatih atau makluman kepada pentadbir PSSGM sendiri .>
• >Logo untuk kepala surat hendaklah mengikut apa yang telah didaftarkan didalam Perlembagaan Pertubuhan . Tidak ada mana mana pihak boleh mengubah suai leter head yang berkenaan . >
last update : 31 desember 2020 1.30AM
Assalammualaikum wbt
Adalah dimaklumkan dan digesa agar semua murid dan ahli PSSGM merujuk kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pertubuhan melalui siaran di media2 rasmi pertubuhan sahaja sprt laman web, pekeliling dan surat rasmi. Sebarang hebahan maklumat rasmi melalui mesej bertulis, lisan dan media sosial adalah dianggap sebagai mesej peribadi penghantar berkenaan. Ini berikutan tular mesej melalui whatapps mengenai butiran kenyataan media yang dibuat oleh pihak pertubuhan kelmarin. Mesej berkenaan adalah tidak tepat dan bukannnya dari sumber sahih/asli pihak pertubuhan.
Sekian terima kasih.
Pen.Setiausaha Agung PSSGM.
Berikut merupakan pautan Youtube berkenanan sidang media bagi keputusan penyelesaian pertikaian dan kenyataan media . Berita TV1 - Keputusan Penyelesaian Pertikaian
Sekian
15 Mei 2017
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pertubuhan ini yang pernah berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan di atas no pendaftaran APS 0149/98 telah dibatalkan pendaftarannya oleh pejabat ini sejak 22 April 2013. Sehubungan itu, pertubuhan ini telah didaftarkan semula di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan no pendaftaran PPM-010-04-09042013. Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Haniff bin Haji Koslan merupakan Yang Di Pertua pertubuhan ini yang telah dilantik sebulat suara dalam mesyuarat agung tahunan pertubuhan pada 29hb Oktober 2016.
Namun terdapat beberapa pihak tertentu yang telah menggunakan pendaftaran pertubuhan yang lama iaitu APS 0149/98 dengan tujuan aktiviti tersendiri dan membuat kutipan kewangan secara tidak sah. Pihak ini telah mengelirukan orang awam mahupun agensi kerajaan dalam konteks pendaftaran pertubuhan ini dan logo pertubuhan yang sama bagi mengesahkan perjalanan aktiviti mereka dan kutipan kewangan.
Oleh yang demikian, pihak Pertubuhan ini meminta kerjasama orangramai agar melaporkan perkara ini kepada pihak polis. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila rujuk kepada Setiausaha Agong PSSGM, Puan Mariam binti Bujang (012-687 7091).